Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11

Liverpool kembali menyengat, Spurs kecewa

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Liverpool kembali menyengat, Spurs kecewa

Oct 06, 2022 | 05:30 AM

LONDON: Liverpool melakar kemenangan meyakinkan dalam Liga Juara-Juara apabila Rangers diketepikan 2-0 dengan selesa di Anfield.

Skuad kendalian Jurgen Klopp bergelut untuk prestasi musim ini tetapi pasukan Scotland yang mengecewakan itu menjadi lawan yang sempurna buat Livepool untuk kembali ke landasan kemenangan sedang mereka merebut tempat dalam fasa kalah mati.

Ribuan peminat Rangers pergi ke Merseyside dan menyokong kelab mereka dengan sorakan gemuruh di sepanjang perlawanan berat sebelah di mana Liverpool sepatutnya menang dengan lebih tegas.

Sepakan percuma menakjubkan Trent Alexander-Arnold selepas hanya tujuh minit perlawanan meletakkan Liverpool di depan namun penjaga gol lawan berusia 40 tahun, Allan McGregor bertindak cemerlang mengurangkan jumlah jaringan pada babak pertama.

Penalti Mohamed Salah pada awal babak kedua meletakkan Liverpool di kedudukan lebih selesa sekali gus menyaksikan Rangers masih kempunan untuk meraih mata pertama mereka dalam Kumpulan A selepas tiga perlawanan.

Liverpool mendahului tiga mata berbanding Ajax yang tewas 1-6 di tempat sendiri kepada pendahulu kumpulan, Napoli.

"Ia tidak mudah. Anda cuba untuk mengelak daripada mendengar di media sosial terutamanya apabila melalui tempoh sukar baik sebagai individu atau sebuah pasukan.

"Anda perlu hentikan bunyi bising dan fokus kepada apa yang anda lakukan setiap hari serta fokus apa yang kami mampu capai sebagai satu pasukan.

"Ia kadangkala boleh menjejaskan pemain tetapi anda perlu mencuba dan mencari cara untuk membakar semangat ketika di atas padang," kata kapten Liverpool, Jordan Henderson.

Apa yang kurang buat skuad Klopp ialah gol pertama di Anfield buat Darwin Nunez apabila bintang Uruguay itu terlepas beberapa peluang terbaik ketika dia kembali ke dalam kesebelasan utama.

"Itulah sebenarnya apa yang kami perlukan. Ia sangat baik, persembahan yang bagus."

"Kadangkala anda perlu menukar beberapa perkara," kata Klopp yang menukar formasi biasa 4-3-3 kepada 4-2-3-1.

Dalam perlawanan lain, Tottenham Hotspur seri tanpa jaringan ketika bertemu Frankfurt di tempat lawan dalam perlawanan Kumpulan D.

Jurulatih Tottenham, Antonio Conte, kecewa dengan aksi kurang berbisa di bahagian serangan apabila gandingan penyerang Tottenham, Harry Kane, dan Son Hueng-min, yang menyaksikan mereka meledak 40 gol pada musim Liga Perdana 2021-2022, gagal untuk memanfaatkan beberapa peluang terbaik dan seringkali menerima kecaman penyokong tuan rumah.

Bayern Munich pula meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara dengan kemenangan 5-0 ke atas Viktoria Plzen di saingan Kumpulan C.

Mempamer aksi meyakinkan di Inter serta di halaman sendiri ketika bertemu Barcelona, Bayern tidak terkesan dengan ketiadaan Joshua Kimmich dan Thomas Mueller, yang diuji positif Covid-19.

Dengan mengumpul sembilan mata, skuad kendalian Julian Nagelsmann hampir menempah tiket ke peringkat kalah mati manakala Inter Milan dan Barcelona akan bertemu selepas ini. - Agensi berita

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3