Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Juara-Juara: Mahrez bawa Leicester ke ambang pusingan 16 terakhir

Oct 19, 2016 | 07:31 AM



LEICESTER: Riyad Mahrez menjaringkan gol untuk memberi Leicester City kemenangan ketiga berturut-turut dalam Liga Juara-Juara, mengalahkan FC Copenhagen 1-0 pada Selasa (18 Okt).



Tendangan sangga minit ke-40 Mahrez di Stadium King Power memberi anak buah Claudio Ranieri kelebihan lima mata dalam Kumpulan G dan gawang mereka masih belum dibolosi dalam pertandingan ini.



Dengan Club Brugge tewas 2-1 di rumah kepada Porto dalam satu lagi perlawanan kumpulan ini, Leicester akan dijamin tempat dalam pusingan 16 terakhir jika mereka menang di tempat lawan di Copenhagen dalam perlawanan seterusnya pada 2 Nov.



Leicester sedang bergelut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan empat kekalahan dalam lapan perlawanan, tetapi di Eropah mereka menghidupkan kenangan manis menjadi juara EPL musim lalu.



Ranieri amat terhutang budi kepada penjaga gol kelahiran Copenhagen, Kasper Schmeichel, yang dengan cemerlang memukul jauh bola tendangan Andreas Cornelius hanya beberapa saat sebelum masa biasa perlawanan berakhir.



Leicester lebih mengancam, walaupun pasukan pelawat menguasai perlawanan.



Lima minit sebelum separuh masa, Jamie Vardy menghantar bola ke arah tiang dari kiri, Islam Slimani menanduknya ke belakang dan Mahrez menendangnya sangga dari jarak dekat, menewaskan penjaga gawang Robin Olsen.



Ia gol keempat pemain sayap dari Algeria itu musim ini dan ketiga dalam tiga perlawanan Liga Juara-Juara.



Ia kekalahan pertama dalam 24 perlawanan bagi Copenhagen, tetapi mereka kekal di tempat kedua. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >