Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Liga Juara-Juara: Man City masuk suku akhir lepas seri dengan Dynamo Kiev

Mar 16, 2016 | 07:19 AM

MANCHESTER: Manchester City mengekang pasukan Dynamo Kiev yang tidak bermaya untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama pada Selasa (15 Mac) dengan keputusan seri 0-0.

Namun, kejayaan itu datang dengan kos kecederaan bagi pasukan Manuel Pellegrini.

Kapten City, Vincent Kompany, terpaksa dikeluarkan selepas lima minit dek masalah otot dan rakan pemain pertahanan Nicolas Otamendi menyusuli tidak lama selepas itu.

Citu mara ke suku akhir dengan agregat 3-1 hasil kemenangan perlawanan pertama mereka.

Tidak banyak aksi di depan pintu gol sepanjang perlawanan kedua di Stadium Etihad itu, dengan City mempunyai peluang terbaik apabila percubaan Jesus Navas terkena tiang pada pertengahan babak kedua.

City kelihatan seolah-olah akan melepaskan satu gol akhirnya namun penjaga gol Joe Hart menyelamatkan dengan baik percubaan Vitaliy Buyalskiy. - Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3