Liga Juara-Juara: Man City tundukkan Barcelona 3-1

MANCHESTER: Jurulatih Pep Guardiola kegembiraan selepas Manchester City menghidupkan semula peluang mereka dalam Liga Juara-Juara dengan menewaskan kelab lamanya, Barcelona, 3-1 dalam pertemuan Kumpulan C di Stadium Etihad pada Selasa (1 Nov).

Ilkay Guendogan menyumbatkan dua gol dan Kevin De Bruyne menjaringkan bola sepakan percuma hebat dalam persembahan indah pasukan tuan rumah, yang menamatkan rekod bersih Barcelona dan menebus kekalahan 4-0 di Nou Camp dua minggu lalu.

City kini mempunyai tujuh mata daripada empat perlawanan, dua mata di belakang pendahulu Barca. Borussia Moenchengladbach mempunyai empat mata selepas seri 1-1 dengan pasukan tercorot Celtic.

Kemenangan City kelihatan tidak mungkin apabila Lionel Messi menyusuli hatriknya dalam perlawanan di Camp Nou dengan gol pembukaan mempesonakan dalam serangan balas pada minit ke-21 dan Barca menguasai permainan sebelum Guendogan memanfaatkan satu kesilapan Sergi Roberto untuk menyamakan kedudukan.

De Bruyne kemudian meletak City di depan pada minit ke-51, sebelum membantu Guendogan menjaringkan gol keduanya dan ketiga City selepas 74 minit. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:13
Isyak
8:28
3 HR PSI: 35
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.