Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Sukan0

Liga Juara-Juara: Real Madrid jinakkan Manchester City untuk ke final

May 05, 2016 | 07:17 AM

MADRID: Real Madrid mara ke final Liga Juara-Juara buat kali ke-14 setelah menghancurkan harapan Manchester City mencapai gelaran sulung selepas usaha Gareth Bale yang terlencong memastikan kemenangan 1-0 mereka dalam separuh akhir kedua pada Rabu (4 Mei).

Bola tendangan kaki kanan Bale terkena pemain tengah City, Fernando, lalu terbias dan memasuki gawang untuk memecahkan kebuntuan pada minit ke-20.

Selepas itu, Madrid menguasai permainan tetapi gagal menambahkan gol.

City pula gagal membuat penjaga gol Real, Keylor Navas, berusaha menyelamatkan walau satu percubaan.

Keputusan agregat 1-0, selepas dua pasukan itu seri tanpa jaringan dalam perlawanan pertama minggu lalu, bermakna Real akan bertemu pasukan bandar jiran mereka, Atletico Madrid, di peringkat akhir pada 28 Mei.

Berita Popular

Real menewaskan Atletico untuk menjulang mahkota Eropah ke-10 mereka pada 2014. - Reuters

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map