Liga Juara-Juara: Real Madrid kalahkan Roma 2-0, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:07
Asar
4:32
Maghrib
7:12
Isyak
8:27

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

Liga Juara-Juara: Real Madrid kalahkan Roma 2-0

Feb 18, 2016 | 03:20 PM

ROME: Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ke-89 beliau dalam Liga Juara-Juara manakala pemain gantian Jese menambah gol kedua apabila Real Madrid mengambil satu langkah besar ke arah suku akhir dengan kemenangan 2-0 di Roma pada Rabu (17 Feb).

Real bertandang ke Stadio Olimpico dengan hasrat membalas dendam kenangan pahit tewas 2-1 dua kali berturut-turut kepada pasukan Giallorossi itu pada peringkat ini dalam pertandingan tersebut pada 2008.

Selepas mengharungi babak pertama mengecewakan di mana Roma gagal menghabiskan satu siri serangan baik, Ronaldo memecah kebuntuan pada minit ke-57 apabila beliau berlari dan memanfaatkan hantaran Marcelo untuk menewaskan Wojciech Szczesny dengan tendangan yang tertampan Alessandro Florenzi.

Roma menunjukkan permainan dan serangan baik namun akhirnya empat minit sebelum tamat perlawanan, Jese menendang bola masuk ke sudut atas gawangnya.

Kemenangan itu memberi Real satu kelebihan besar menjelang perlawanan kedua mereka di Santiago Bernabeu dalam masa tiga minggu. - AFP

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map