Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Juara-Juara: Spurs kalahkan CSKA 3-1 bagi rebut tempat di Liga Europa

Dec 08, 2016 | 08:21 AM



LONDON: Tottenham Hotspur mengubat sedikit luka tersingkir daripada Liga Juara-Juara dengan kemenangan 3-1 ke atas CSKA Moscow pada Rabu (7 Dis), yang memberinya hadiah saguhati tempat di pertandingan peringkat kedua benua Eropah, Liga Europa.



Gol oleh Dele Alli dan Harry Kane serta gol sendiri Igor Akinfeev membantu Spurs mengatasi gol pembukaan Alan Dzagoev bagi CSKA.



Kemenangan itu membolehkan Spurs, yang tidak lagi berpeluang melangkah ke pusingan kalah mati, selesai di tempat ketiga Kumpulan E dengan tujuh mata, empat mata di depan CSKA, yang boleh memintas mereka ke pusingan kelayakan Liga Europa jika ia memenangi perlawanan itu.



Nasib Spurs kelihatan gelap apabila mereka ketinggalan selepas 33 minit, namun mereka memang jauh lebih baik daripada CSKA dan akhirnya berjaya. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >