Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK DUNIA

Lepas 8 bulan tanpa kelab bekas bintang 'Gunners' ke Denmark

Feb 22, 2022 | 05:30 AM



BEKAS pemain midfield Arsenal dan England, Jack Wilshere, telah menyertai kelab Denmark, AGF Aarhus, setelah menghabiskan lapan bulan lalu tanpa kelab.



Pemain berusia 30 tahun itu hanya berlatih dengan pasukan Gunners musim ini - selain terlibat dalam beberap kegiatan sebagai jurulatih - setelah menghadapi cabaran mendapatkan majikan baru setelah dilepaskan pasukan Championship Bournemouth Mei lalu.



"Saya kini berada dalam situasi kerjaya saya di mana saya harus bermula daripada bawah, untuk mengatasi tempoh beberapa tahun yang sukar ini.



"Saya gembira dan berterima kasih AGF memberi saya peluang melakukan demikian," ujarnya.



Wilshere, yang merupakan antara pemain muda berpotensi tinggi yang menjadi rebutan kelab-kelab terkemuka Eropah hanya beberapa tahun lalu, menambah:



"Saya benar-benar berterima kasih atas peluang ini dan saya akan melakukan sedaya upaya untuk memenuhi jangkaan kelab dan penyokong kelab ini."



Wilshere dikatakan telah menandatangani kontrak sehingga akhir musim ini, dengan pilihan untuk melanjutkannya.



Beliau telah diserahkan jersi nombor 10.



"Sejak saya mula berlatih dengan Arsenal, saya telah mengatakan bahawa pada 2022 saya akan bersedia untuk menyertai kelab baru. Dan kini kelab tersebut sudah pun memanggil saya, dan saya ghairah untuk memulakan perjuangan."



Menurut Wilshere, beliau berada dalam keadaan fizikal yang baik untuk cabaran baru ini.



"Saya rasa kuat, saya rasa cergas. Jadi isunya ialah untuk saya menyesuaikan diri dalam sekitaran baru, corak bola sepak yang baru. Tapi walau apa pun, saya bersedia," ujarnya, yang hanya beraksi dalam 36 perlawanan sejak meninggalkan Arsenal pada 2018. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >