LONDON: Nottingham Forest antara segelin-tir kelab yang tidak mahu Piala Dunia diadakan pada musim sejuk dan di pertengahan musim liga bola sepak Eropah.
Anak didik Steve Cooper menunjukkan permainan mengecewaan sepanjang musim, tetapi ia berjaya menundukkan Crystal Palace dan Tottenham Hotpur dalam dua perlawanan terakhir sebelum Piala Dunia.
Itu kali pertama musim ini Forest menang dua perlawanan berturut-turut, tetapi momentum yang dibina itu bak telah lesap.
Dalam tiga perlawanan persabahatan baru-baru ini, ia tewas berturut-turut kepada Stoke City, Atromitos dan Olympiacos
Namun, mereka telah menunjukkan tanda-tanda bangkit. Selepas menundukkan Valencia 2-1 dalam perlawanan persahabatan pada minggu lalu, Forest bangkit untuk menang mudah 4-1 ke atas Blackburn Rovers dalam perlawanan Piala Liga dan mara ke suku akhir.
Namun, mereka dijangka menghadapi cabaran lebih besar apabila berkunjung ke Old Trafford pada Selasa (27 Dis).
Manchester United kini dalam form hebat selepas melalui permulaan musim hambar dan dijangka meneruskan momentum kemenangan walaupun beraksi tanpa beberapa pemain yang baru pulang daripada Piala Dunia, termasuk Lisandro Martinez dan Raphael Varane, yang masing-masing mewakili Argentina dan Perancis di final di Qatar 2022.
Ini diperagakan dalam Piala Liga minggu lalu, apabila ia menguasai perlawanan dan menang selesa 2-0 ke atas Burnley.
Bercakap kepada wartawan di kem latihan United di Sepanyol, pengurusnya Erik ten Hag berkata beliau dan pasukannya yakin United sedang berada di kedudukan baik untuk memperkukuh kedudukan mereka di Liga Perdana England (EPL) selepas meneliti data.
United berada di tangga kelima, tetapi mempunyai satu perlawanan dalam tangan, dengan rekod lapan kemenangan daripada 14 perlawanan. - Agensi berita.
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
30
0
Liga Perdana England: Cabaran besar menanti Forest di Old Trafford
Dec 26, 2022 | 07:27 PM