Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND: CACIAN BERBAU PERKAUMAN DALAM TALIAN

Badan amal UK sokong langkah EPL boikot media sosial

Apr 15, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Badan amal antidiskriminasi Kick It Out (KIO) mengatakan ia akan menyokong boikot media sosial seluruh Liga Perdana dalam bantahan terhadap cacian perkauman dalam talian.



Swansea, Birmingham dan juara Scotland, Rangers sudah memboikot wadah-wadah sosial selama seminggu.



Ini muncul berikutan beberapa insiden baru-baru ini mengenai pemain menerima cacian perkauman di media sosial.



Bos Kick It Out, Tony Burnett, mengatakan boikot itu adalah tanda "benar-benar jijik " yang dirasakan dalam kalangan bola sepak.



Beliau memberitahu Persatuan Akhbar bahawa beliau rasa kejadian cacian dalam talian telah meningkat sejak badan pentadbir bola sepak menulis kepada Facebook dan Twitter pada Februari lalu untuk mengemukan perubahan yang mereka ingin lihat.



"Saya asyik mendengar statistik daripada syarikat media sosial mengatakan mengenai berapa banyak pos yang telah mereka turunkan sebelum mereka dapat menjejak mereka yang bertanggungjawab - itu tidak relevan," katanya.



"Pos-pos yang menyebabkan kesalahan, hati tersinggung dan kesakitan adalah pos yang terlepas dimuatnaik.



"Banyak lagi pos yang masih terlepas, yang mana sukar untuk dijelaskan. Lantas tidak cukup tindakan yang dilakukan, dan saya bosan dengan perkara ini, kami ingin lihat tindakan.



"Kami sokong bola sepak dan rakan kami dalam bola sepak yang mengambil tindakan langsung. Sekiranya mereka memboikot, hebat, kami akan benar-benar menyokong anda."



Ia difahamkan perbincangan sedang diadakan antara kelab-kelab Liga Perdana mengenai boikot seluruh liga terhadap media sosial.



"Saya fikir kita telah mundur ke 20 tahun yang lalu," kata Burnett kepada BBC Sport. "Kita akan harus membina semula cara kita benar-benar berbual dan menangani isu diskriminasi di UK.



"Saya hanya berada dalam lembaga selama tiga bulan, tetapi jumlah aktiviti dalam tiga bulan itu mengejutkan saya - jumlah isu yang kami sedang hadapi mengenai kebencian dalam talian.



"Sebenarnya bukan sahaja kebencian dalam talian, sebab pasukan terus mengingatkan saya bahkan sebelum perintah berkurung, KIO menyaksikan jumlah laporan insiden berdasarkan diskriminasi yang sangat tinggi.



"Justeru, ini bukan hanya dalam talian; hakikatnya bahawa kami tidak beraksi di padang dan kami tidak mempunyai bola sepak akar umbi. Saya fikir ia menyembunyikan kenyataan bahawa ia adalah masalah dalam masyarakat."



Ini berlaku sedang badan amal antibuli siber termuka itu mengatakan cacian perkauman dalam talian semkin "tidak terkawal".



Kapten Liverpool Jordan Henderson telah memberi kawalan akaun Twitternya kepada Cybersmile untuk meningkatkan kesedaran mengan kesan cacian. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >