Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Conte: Spurs tak layak cabar tempat Liga Juara-Juara

Feb 15, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Tottenham Hotspur Antonio Conte berkata adalah 'mustahil' bagi pasukan yang berharap mencabar tempat Liga Juara-Juara tewas dalam perlawanan seperti yang dialami Spurs baru-baru ini.



Kekalahan 0-2 kelmarin di kubu sendiri di tangan Wolverhampton Wanderers adalah yang ketiga berturut-turut bagi Spurs dalam Liga Perdana England.



Ia menyebabkan mereka kini di tempat kelapan, lima mata di belakang empat pasukan teratas, walaupun ada tiga perlawanan dalam tangan berbanding penghuni tempat keempat West Ham.



"Saya sudah beritahu anda sejak ketibaan saya, kami perlu berhempas pulas dalam setiap perlawanan," kata Conte, yang dilantik November lalu.



"Terdapat banyak tugas yang perlu dilaksanakan tapi ia tidak mudah."



Bercakap kepada Sky Sports, Conte menambah: "Mustahil bagi pasukan yang mahu mencabar Liga Juara-Juara kalah dua perlawanan berturut-turut di tempat sendiri dan perlawanan sebelumnya menentang Chelsea."



Spurs memegang rekod tidak kalah dalam sembilan perlawanan Liga Perdana berturut-turut menyusuli ketibaan Conte. Namun, warga Italy itu berkata ia akan mengambil masa untuk membangunkan sebuah pasukan yang mampu yakin bahawa mereka boleh menang secara tetap.



"Masalahnya adalah anda tidak boleh 'membeli' mentaliti pemenang," katanya.



"Anda menerapkan mentaliti itu hari demi hari dan (anda) tidak pasti sama ada ia sudah diterapkan hari demi hari, kerana ada pemain yang lebih terbuka dan mereka memahami prosesnya dengan cepat, pemain lain pula memerlukan lebih masa untuk memahami perkara ini.



"Mentaliti pemenang, pada pendapat saya, bermakna apabila anda bermain, anda berfikir 'saya bersdia untuk bermain mati-matian dan muncul pemenang'. Ini perbezaannya dalam setiap pertarungan.



"Laluan yang mencabar menanti kami. Ia penting untuk kami tidak gentar untuk menghadapi perjalanan ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >