Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Awas Guardiola! Everton boleh menyengat ala Crystal Palace

Nov 21, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Everton bertandang ke Stadium Etihad malam ini dengan rekod tiga kekalahan berturut-turut dalam liga.



Ia juga dianggap sebagai pasukan yang tidak dapat bermain dengan baik di padang lawan.



Namun Rafael Benitez tetap dianggap sebagai pengurus yang mampu mengatur strategi untuk memporak-perandakan benteng yang dibina Manchester City dan Pep Guardiola.



Kededua pasukan tidak mampu tercicir mata menjelang tempoh penting di penghujung tahun ini, apabila banyak perlawanan dipadatkan dalam musim cuti Disember dan awal Januari.



City ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu Liga Perdana England (EPL) Chelsea dan harus menang supaya tidak tercicir lebih jauh, sementara Everton, di tangga ke-11 dalam liga dan setakat mempunyai 15 mata daripada 11 perlawanan harus menang supaya dapat meloncat ke bahagian separuh atas liga.



Benitez mungkin boleh berpaling kepada sejarah untuk mencetus inspirasi bagaimana hendak menyemarak pasukannya supaya mengatasi City malam ini.



Everton, sejak zaman kepimpinan Moyes sebelum 2013, mempunyai rekod yang baik di Etihad.



Di bawah Moyes, Everton telah memenangi tujuh daripada 10 perlawanan di Etihad, selain tewas dua kali dan seri sekali.



Namun, selepas 2013, rekod Everton semasa melawan City adalah mengecewakan.



Ia hanya pernah menang sekali dalam 16 perlawanan di kededua Etihad dan Goodison Park.



Malah, kali terakhir Everton bertandang ke City, ia dibelasah 5-0 oleh pasukan tuan rumah, dengan Sergio Aguero menjaringkan dua gol.



SENTUHAN MAGIS BENITEZ



Namun, rekod Benitez semasa bertarung dengan pengurus yang memimpin antara pasukan enam terbaik dalam liga adalah menggalakkan, walaupun beliau baru dua kali menentang kelab sedemikian pada musim ini.



Pada bulan lalu, Benitez memimpin Everton untuk mengikat Manchester United 1-1 di Old Trafford.



Malah, Everton hampir memenangi perlawanan itu, jika Tom Davies tidak membuat hantaran kepada Yerry Mina dan membuat percubaan gol sendiri. Sebaliknya, Mina berjaya menemui sasaran, tetapi pengadil mendapati pemain asal Colombia itu berada dalam posisi ofsaid.



Menyusuli itu, Everton bertemu Tottenham Hotspur pula dan hampir mencatat kemenangan, dengan sistem penolong pengadil maya (VAR) memain peranan - ia menerbalikkan keputusan pengadil untuk memberi penalti kepada Everton selepas Hugo Lloris menjatuhkan Richarlison.



Bulan lalu, statistik yang mengira mata yang dikumpul Everton di stadium lawan semasa menentang pasukan dengan kedudukan liga lebih baik adalah lebih rendah berbanding Leicester City, Leeds United, Aston Villa, Wolverhampton Wanderers dan Crystal Palace.



Benitez dan Everton pula bertandang ke Etihad dengan musibah kecederaan yang menimpa beberapa pemain tunggak, terutama di midfield.



Abdoulaye Doucoure tidak akan beraksi dan penggantinya, Jean-Philippe Gbamin, sebagaimana yang dilihat dalam perlawanan dengan Wolves baru-baru ini belum cukup cergas atau menyengat untuk mengambil alih peranan Doucoure.



Namun, Benitez mungkin mempunyai ayam tambatan dalam bentuk Fabian Delph.



Pemain berusia 31 tahun itu bukan sahaja menguasai midfield semasa dimasukkan dalam perlawanan dengan Wolves, malah berjaya mengatur beberapa serangan dari 'midfield'.



Kehadirannya juga membolehkan pemain seperti Andros Townsend dan Allan bermain di bahagian padang City dan mengatus serangan dari posisi sayap.



GUARDIOLA HARUS WASPADA



Sebahagian penyokong City mungkin berpendapat pasukan mereka akan menang tanpa masalah apabila bertemu Everton.



Namun Guardiola tidak akan berpendapat sedemikian, terutama selepas pasukannya ditewaskan oleh Crystal Palace pada bulan lalu.



Sebaliknya, Guardiola faham, pasukannya - yang biasanya kini diberikan banyak ruang untuk mengatur serangan dan menyimpan bola - boleh terdedah apabila pasukan lawan serang balas.



Selepas perlawanan itu, Guardiola berkata:



"Pasukan yang lebih bertuah dan menjaringkan gol memenangi perlawanan ini. Saya tidak mahu berkata apa-apa. Tahniah kepada mereka, kita buat persiapan bagi perlawanan selanjutnya."



Kian lama pasukan lawan dapat mengekang serangan City dan mengekalkan jaringan 0-0, City kian terdedah kepada serangan balas kerana pemainnya - bak naluri semula jadi - akan lebih rancak mengasak lawan, meninggalkan ruang bagi pasukan lawan menyerang.



Ditanya mengenai kelemahan City yang boleh digunakan dalam perlawanan itu, Benitez berkata City tidak ada banyak kelemahan yang ketara.



"Namun, bola sepak adalah sukan yang hebat dan mana-mana pasukan boleh menjaringkan gol dan menang dalam sebarang perlawanan. Kita hanya perlu yakin dengan keupayaan diri sendiri," ujar Benitez. - Agensi berita.




REKOD BENITEZ MENENTANG KELAB ELIT 



Rekod Benitez semasa bertarung dengan pengurus antara pasukan enam terbaik adalah menggalakkan, walaupun beliau baru dua kali menentang kelab sedemikian musim ini.



Bulan lalu, Benitez memimpin Everton untuk mengikat Manchester United 1-1 di Old Trafford.



Malah, Everton hampir memenangi perlawanan itu.



Menyusuli itu, Everton bertemu Tottenham Hotspur pula dan sekali lagi hampir mencatat kemenangan bagaimanapun ia hanya seri 0-0.




AYAM TAMBATAN



FABIAN DELPH, 31 tahun, 'midfield' Everton 



Pemain ini tidak dianggap sebagai pemain yang boleh mempengaruhi perlawanan, tetapi jika diberi ruang dan peluang untuk menunjukkan keupayaannya, Delph boleh bangkit dan menunjukkan keupayaan sebenar. - Foto EPA-EFE



PHIL FODEN, 21 tahun, 'midfield' Manchester City 



Foden adalah antara pemain England yang dianggap akan menjadi bintang di Piala Dunia tahun depan.



Ini kerana beliau telah menunjukkan form yang hebat semasa beraksi dengan City dan boleh menjaringkan gol dengan satu sentuhan magis. - Foto AFP

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >