ENGLAND: Kapten pasukan Chelsea, John Terry, berkata beliau mungkin bersara daripada bola sepak pada akhir musim ini, selepas juara Liga Perdana England itu mengalahkan Watford 4-3 di Stamford Bridge semalam (waktu Singapura).
Pemain berusia 36 tahun itu, yang akan meninggalkan pasukan yang dikenali sebagai Blues itu pada musim panas ini, menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan tersebut.