Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND: NEWCASTLE LWN MANCHESTER CITY

Newcastle macam City? Masih bak langit dengan bumi

Aug 21, 2022 | 05:30 AM



NEWCASTLE: Kelab yang gagal menyerlah, bahkan sering bergelut dengan relegasi, kemudian menerima suntikan dana besar dari syarikat pelaburan yang mempunyai kaitan dengan kerajaan negara Arab.



Kisah yang dilalui Newcastle United sekarang ini seolah-olah tayangan ulangan kepada apa yang berlaku di Manchester City.



Manchester City sebelum pelaburan besar pada 2008 oleh syarikat pelaburan yang dipimpin Sheikh Mansour, anggota keluarga diraja Abu Dhabi dan Manchester City hari ini merupakan dua kelab yang berbeza.



Bak langit dengan bumi.



Daripada sering bergelut dengan relegasi, dalam sekitar sedekad selepas menerima pelaburan gergasi itu, City telah memenangi enam kejuaraan liga, dua Piala FA dan lima Piala Liga.



Sebelum 2008, kali terakhir Manchester City menjulang piala ialah pada Piala Liga pada 1976, manakala kejuaraan liga pula kali terakhir dimenangi pasukan itu pada 1968.



Newcastle pula pada pertengahan musim lalu, menerima kelulusan Liga Perdana bagi pembelian oleh Dana Pelaburan Awam Arab Saudi, yang dipengerusikan Putera Mohammed.



Suntikan dana itu telah membolehkan kelab tersebut melantik jurulatih baru, Eddie Howe, dan beberapa pemain baru yang telah membantu kelab tersebut mengakhiri musim di tangga ke-11. Kelab itu di bawah bimbingan jurulatih sebelum itu, Steve Bruce, berada dalam zon relegasi sebelum Howe mengambil alih pada Januari lepas.



"Kisah Newcastle agak sama dengan apa yang kita lihat di City. Dan pemilik baru Newcastle juga harus belajar daripada pengalaman City untuk menjadikan Newcastle benar-benar pasukan yang dapat mencabar kejuaraan liga," ujar legenda Newcastle, Alan Shearer.



Justeru, perlawanan antara dua kelab itu musim ini amat menarik.



Bermain di padang sendiri, Newcastle pastinya mahu menunjukkan City dan lebih penting lagi dunia, bahawa kelab tersebut sedang berada di landasan yang betul.



Tapi, Howe sendiri enggan menarik perhatian kepada perbandingan tersebut.



"Lain sekali," katanya menjawab pertanyaan media.



"Man City antara pasukan gergasi Eropah. Newcastle baru mahu mula bangkit. Pastinya impian kami ialah untuk ke tahap yang sama seperti City, tapi perjalanan kami masih jauh," ujarnya lagi.



Newcastle telah memulakan musim 2022-2023 dengan baik, setelah mencatat satu keputusan seri dan satu kemenangan.



Lebih penting daripada itu ialah persembahan pasukan tersebut yang telah menyemarakkan suasana positif di sekitar St. James' Park.



"Terdapat suasana amat positif di sekitar Newcastle," akur Shearer.



"Iya belum ada nama besar lagi yang menyertai Newcastle, tapi Howe telah membeli dengan bijak dan jika Newcastle mampu meneruskan kemajuan mereka, hanya tunggu masa saja sebelum nama-nama besar itu menyertai Newcastle," katanya lagi.



Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, berkata beliau menghormati apa yang telah dilakukan Howe dalam masa singkatnya dengan kelab Magpies itu.



Menurutnya, beliau memahami tekanan yang dilalui pengurus di England namun beharap Howe akan diberikan masa untuk benar-benar meninggalkan kesan yang bermakna untuk kelab tersebut.



"Ia memakan masa...untuk membawa kelab gergasi seperti Newcastle kembali ke zaman kegemilangannya. Wang saja tidak menjamin kejayaan," ujar beliau.



"Projek sebesar ini perlukan masa, perlukan sokongan semua pihak dari bawah hingga atas kelab ini. Ia adalah projek bersama, pasti ada pasang dan surut, tapi ia harus dilalui dan diatasi bersama," kata Guardiola lagi.



Menjelang perlawanan menentang Newcastle itu, Guardiola berkata anak buahnya komited untuk mengekalkan rekod 100 peratus mereka sejauh ini, selama mungkin.



Menurutnya, kunci kejayaan pasukannya sejauh ini ialah para pemainnya mengambil serius setiap perlawanan, semangat juang yang tinggi untuk menang dan kerja keras.



Ditanya sama ada beliau memberikan pasukannya matlamat melalui musim sebagai pasukan tidak pernah kalah, Guardiola berkata ia bukan sesuatu yang mereka bincangkan secara terbuka.



"Ia adalah sukar kerana setiap perlawanan di England adalah perlawanan sukar. Anda boleh menang menentang siapa pun, tapi anda juga boleh kalah menentang siapa pun.



"Tapi iya, rekod tidak pernah kalah itu adalah sesuatu yang kami lindung dengan ketat. Ia harus menjadi motivasi bagi kelab sebesar City," katanya lagi.



Pengamat dan bekas pemain City, Micah Richards, berkata beliau menjangkakan persaingan sengit namun kemenangan pada akhirnya akan menjadi milik City.



"Newcastle bermain di padang sendiri, di bawah kepimpinan Eddie (Howe) pasti akan menunjukkan persembahan menakjubkan.



"Tapi City terlalu gagah," ujarnya.



Katanya lagi, "Mungkin dalam empat, lima musim lagi, Newcastle akan mencapai tahap seperti City. Dan ketika itu kita akan melihat saingan yang lebih menarik."



Shearer juga bersetuju bahawa City berada pada tahap lebih tinggi dari Newcastle dalam hampir kesemua aspek.



"Namun, dalam bola sepak apa juga boleh berlaku. Newcastle di padang sendiri boleh mendapat motivasi yang menakjubkan dan jika mereka mampu merebut tiga mata, ia adalah petanda jelas kebangkitan mereka," kata beliau. - Agensi berita.




"Kisah Newcastle agak sama dengan apa yang kita lihat di City. Dan pemilik baru Newcastle juga harus belajar daripada pengalaman City untuk menjadikan Newcastle benar-benar pasukan yang dapat mencabar kejuaraan liga."
- Legenda Newcastle, Alan Shearer.




"Newcastle bermain di padang sendiri, di bawah kepimpinan Eddie (Howe) pasti akan menunjukkan persembahan menakjubkan.

Tapi City terlalu gagah.

...mungkin dalam empat, lima musim lagi, Newcastle akan mencapai tahap seperti City. Dan ketika itu kita akan melihat saingan yang lebih menarik."

- Pengamat dan bekas pemain City, Micah Richards.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >