LONDON: Pasukan pendahulu Manchester City mengekalkan cengkaman di tangga teratas Liga Perdana manakala bintang Perancis Paul Pogba menjadi inspirasi Manchester United dalam penampilan pertama sejak cergas semula.
Eden Hazard turut menyerlah bagi Chelsea manakala Arsenal 'menang sorak' dalam pertarungan dengan jirannya di utara London, Tottenham Hotspur.