Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Hougang perlu bangkit, Young Lions ingin cetus kejutan

Aug 06, 2021 | 05:30 AM



SELEPAS kalah dua kali berturut-turut, Hougang United ingin mencari kembali tempo kemenangan yang membuat mereka berada di tempat ketiga di Liga Perdana Singapura (SPL) musim ini.



Lebih-lebih lagi, pasukan yang digelar Cheetahs itu masih tidak putus asa 'mengejar' pendahulu liga, Albirex Niigata, sepanjang kempen ini. Hanya lapan mata yang memisahkan kedua-dua kelab itu di puncak liga.



Hougang akan berdepan dengan Young Lions dalam perlawanan minggu ke-14 di Stadium Jalan Besar esok.



Bagi pemain di bawah asuhan Clement Teo, ini merupakan peluang terbaik bagi mereka untuk mengumpul tiga mata. Rekod mereka menentang Young Lions juga baik dalam empat pertemuan sebelum ini.



Kali terakhir Young Lions tundukkan Hougang adalah pada musim 2019 di mana Jacob Mahler menjaringkan gol sulung dalam kerjaya liga setempat di babak kedua dalam perlawanan itu.



Namun, Hougang mempunyai cabaran tersendiri. Mereka akan pergi ke perlawanan ini tanpa pasangan pemain pertahanan pilihan pertama mereka, Maksat Dzhakybaliev dan Lionel Tan.



Dzhakybaliev telah digantung bagi perlawanan ini manakala Lionel pula tidak dapat beraksi atas masalah kecederaan.



Pemain sayap muda, Idraki Adnan juga tidak dapat beraksi lagi musim ini setelah mengalami kecederaan lutut dalam perlawanan minggu ke-12 di mana Hougang kalah 3-1 secara mengejut di tangan Tanjong Pagar. Idraki telah pun menjalani operasi dan hanya boleh kembali selepas enam bulan nanti.



Bagi pemain Young Lions pula, mereka akan cuba kekalkan prestasi baik mereka minggu lalu selepas menang 3-2 ke atas Balestier Khalsa. Ia juga merupakan kemenangan pertama bagi anak didik Phillipe Aw pada musim ini.



Pemain pertahanan serba boleh Young Lions, Zulqarnaen Suzliman, telah digantung bagi perlawanan ini manakala kapten Danish Irfan masih cedera. Namun, bek tengah Syahrul Sazali telah kembali selepas digantung dua perlawanan sebelum ini untuk membantu pasukan Aw.



Dalam perlawanan lain, Lion City Sailors akan berdepan dengan Balestier Khalsa di Stadium Toa Payoh Ahad ini. Sailors diberikan lebih waktu persiapan bagi perlawanan ini setelah perlawanan mereka dengan Tampines Rovers, yang sepatutnya berlangsung pada 4 Ogos lalu, telah dianjak ke tarikh lebih lanjut. Ini untuk membenarkan Tampines Rovers membuat persiapan yang mencukupi selepas tempoh kuarantin berakhir.



Sailors, yang berada di tempat kedua liga, ingin cuba teruskan prestasi cemerlang mereka selepas tidak kalah dalam sembilan perlawanan berturut-turut sebelum in. Ini pula berbeza dengan nasib Balestier di mana mereka belum pernah menang dalam lapan perlawanan berturut-turut sebelum ini.



Kali terakhir mereka menghadapi nasib malang ini adalah pada musim 2019 di mana mereka tidak menang dalam 10 perlawanan berturut-turut.



Adam Swandi dan Song Uiyong tidak dapat beraksi bagi perlawanan ini. Adam masih cedera dan Song masih digantung.



Pasangan pemain tengah utama Sailors, Saifullah Akbar dan Shahdan Sulaiman pula akan kembali dalam perlawanan ini setelah digantung perlawanan sebelum ini untuk membantu pilihan jurulatih Kim Do-hoon.



Balestier pula akan bergantung harapan kepada penyerang Šime Žužul untuk menyumbangkan gol dalam perlawanan ini setelah berjaya menjaringkan gol berturut-turut dalam enam perlawanan sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >