Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Perdana Singapura: Perlawanan diteruskan secara tertutup hujung minggu ini

Mar 13, 2020 | 07:34 PM



PERLAWANAN Liga Perdana Singapura (SPL) akan terus berlangsung pada hujung minggu ini namun secara tertutup, kata Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) lewat petang Jumaat (13 Mac).



Ini berikutan nasihat yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (MOH) awal Jumaat untuk membatalkan atau menangguhkan semua acara kebudayaan, sukan dan hiburan yang melibatkan penyertaan 250 orang atau lebih. 



“Menyusuli nasihat yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan hari ini mengenai acara bertiket sukan, Persatuan Bola Sepak Singapura telah memutuskan untuk terus mengadakan Liga Perdana Singapura (SPL) mengikut jadual, tetapi ia akan dimainkan tanpa kehadiran penonton sehingga notis selanjutnya,” kata FAS dalam satu kenyataan. 



FAS menambah semua pemain, pegawai rasmi dan kakitangan terlibat dalam hari perlawanan akan perlu mematuhi langkah berjaga-jaga yang ditetapkan badan bola sepak itu sejak Februari lalu. 



Ini termasuk menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis stadium.



“Meskipun keputusan untuk memainkan perlawanan tanpa penonton sesuatu yang sukar, kesejahteraan fraterniti bola sepak dan umum secara keseluruhannya  adalah keutamaan kami,” katanya lagi.



Pada Khamis, FAS mengumumkan bahawa perlawanan antara Albirex Niigata dengan Brunei DPMM di Stadium Nasional Hassanal Bolkiah di Brunei telah ditangguhkan akibat wabak Covid-19.



Perlawanan itu sepatutnya dijadualkan Sabtu ini (14 Mac) tetapi akan dimainkan pada tarikh lain. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >