Subuh
5:58
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:41
Maghrib
7:21
Isyak
8:33

LIGA-S: Great Eastern lanjutkan tajaan setahun

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

LIGA-S: Great Eastern lanjutkan tajaan setahun

Feb 17, 2014 | 06:04 PM

KUMPULAN insurans setempat, Great Eastern, hari ini melanjutkan tajaannya untuk Liga-S selama setahun.

Perjanjian yang ditandatangani di bangunan Great Eastern di Pickering Street itu bermakna, syarikat insurans itu kini melanjutkan kerjasama dengan Liga-S untuk musim keenam.

Liga-S akan mengekalkan nama-bersama yang digunakan sekarang - Liga-S Great Eastern - Yeo's.

"Kerjasama kededua pihak selama ini telah mendatangkan ganjaran dan penglibatan kami dengan Liga telah mendekatkan jenama Great Eastern dengan masyarakat," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Great Eastern Singapura Dr Khoo Kah Siang.

Mengulas tentang tajaan itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) Zainuddin Nordin berkata bahawa FAS telah menikmati hubungan yang lasak dan bersinergi yang telah membuahkan pelbagai inisiatif berkeasn untuk kededua bola sepak dan masyarakat.

"Ia bukan sahaja mendatangkan ganjaran kepada bola sepak, malah kepada belia dan masyarakat dan menyediakan pelantaran untuk kami memasarkan jenama Liga-S bersama," kata Zainuddin.

Anatara lain, kerjasama dengan Liga-S telah membantu Great Eastern menguar-uarkan insiatif kemasyarakatannya - program Live Great yang merangkumi inisiatif seperti Let's Go Sport dan pertandingan bola sepak Great Eastern Live Great Kids.

Musim ke-19 Liga-S bermula Jumaat ini, apabila juara bertahan Liga Tampines Rovers bertemu juara Piala Singapura RHB Home United dalam perlawanan pembuka tirai Liga yang turut mempertaruhkan Perisai Sumbangsih.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3