GEYLANG International telah berikrar akan terus memberi sokongan kepada pemain mereka, Shariff Samat, yang dikenakan hukuman penjara dua minggu kerana sengaja mencederakan iparnya.
Menurut laporan akhbar The New Paper (TNP), pengurus besar Geylang, Aizat Ramli, yang menghadiri perbicaraan kelmarin bersama bapa Samat, bekas kapten skuad nasional Samad Allapitchay, dan isteri Shariff, berkata kelabnya akan terus memberi sokongan kepada pemain itu.