Liga-S penting tapi fokus skuad pimpinan Aide pada Sukan SEA
Feb 28, 2015 | 05:59 AM
TUMPUAN barisan muda Courts Young Lions mungkin pada perlawanan pembukaan Liga-S Great Eastern-Yeo's menentang Hougang United Isnin ini tetapi fokus dan matlamat utama pasukan pimpinan Aide Iskandar tentunya pada misi 'keramat' - memburu pingat emas bola sepak - apabila Sukan SEA dianjurkan di tanah air Jun ini.
"Sebagai hos temasya, tentu kami mempunyai matlamat (jadi juara)... dan sememangnya semua hos mahu memenanginya (pingat emas bola sepak).