Topik diikuti
Pergi ke BHku3 pasukan utama mula dengan kemenangan
Mar 16, 2016 | 5:30 AM
3 pasukan utama mula dengan kemenangan
KESEMUA tiga pasukan utama memulakan edisi ke-17 Liga Super Bola Jaring M1 (NSL) dengan kemenangan memberangsangkan di Pusat Sukan Jurong East pada hujung minggu pertama Sabtu lalu.
Juara bertahan Sneaker Stingrays menewaskan Fier Orcas - yang mengambil bahagian buat julung-julung kali - 60-42; memperagakan ketangkasannya dari suku pertama.