Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Lima pemain baru dipanggil skuad nasional

May 25, 2022 | 05:30 AM



JURULATIH pasukan bola sepak nasional Takayuki Nishigaya telah menamakan skuad berwajah baru semasa mengumumkan barisan pemain buat julung-julung kali.



Menunjukkan beliau tidak gentar membuat perubahan, beliau telah menamakan skuad 27 pemain yang menampilkan lima pemain yang belum pernah menyarung jersi pasukan nasional di peringkat ini, termasuk pemain Young Lions, Glenn Kweh, 22 tahun.



Pada masa yang sama, beliau telah menggugurkan penjaga gawang mapan Izwan Mahbud, yang hanya tampil tiga kali bagi kelabnya Lions City Sailors pada musim ini.



Nishigaya, 49 tahun, berkata beliau memilih pemain berdasarkan perlawanan di Kejohanan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Asean (AFF), Siri Tiga-Negara, Sukan SEA dan Liga Perdana Singapura (SPL).



Beliau juga mendapatkan pandangan penolong jurulatih, Nazri Nasir dan Koichiro Iizuka.



Skuad ini akan berangkat ke Aby Dhabi untuk bertemu Kuwait dalam perlawanan persahabatan pada 1 Jun, sebelum memulakan kempen kelayakan Piala Asia AFC yang berlangsung 8-14 Jun di Bishkek, Kyrgyztan.



"Objektif saya adalah jelas... untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia AFC," kata Nishigaya, yang berasal dari Jepun.



"Lawan kita mungkin lebih kuat berdasarkan ranking Fifa, tapi saya bekeyakinan penuh terhadap keupayaan pasukan kita. Para pemain harus mempunyai keyakinan mereka boleh bersaing dengan pemain lawan dan menetapkan matlamat mendapatkan keputusan positif dalam semua perlawanan."



Nishigaya melahirkan harapan agar pemain yang dipilihnya itu dapat beraksi dengan lebih agresif dan lebih yakin.



"Kami harus menjadi lebih agresif untuk memberi tekanan ke atas lawan apabila kami tidak memperolehi bola... sementara saya ingin menunjukkan keupayaan penuh pemain apabila kami mengatur serangan. Lebih penting lagi, kami perlu bermain sebagai satu unit dan satu pasukan, apabila kami ada bola ada tanpa bola," kata Nishigaya.



"Saya ghairah menjelang perlawanan pertama semasa menentang Kuwait dan meski kami mahukan keputusan yang positif, kami juga harus mencapai objektif dalam membuat persiapan.



"Saya bercadang menggunakan perlawanan itu untuk bereksperimen dengan menggunakan beberapa idea baru yang telah kami telah cuba dalam sesi latihan dan menyusuli itu, kita boleh memikirkan bagaimana hendak terus mempertingkat permainan semasa kami beraksi dalam tiga perlawanan kelayakan" ujarnya lagi.



Kweh, yang bersama Ryhan Stewart dan Ryaan Sanizal antara lima wajah baru dalam pasukan, menjadi profesional sejak April 2021 dan telah menarik perhatian semasa beraksi dengan pasukan Bawah 23 tahun nasional.



Beliau berkata undangan menyertai pasukan nasional itu adalah bak satu impian yang menjadi nyata.



"Saya bercadang belajar dari pemain lebih berpengalaman dan saya satu saya perlu mempertingkat permainan saya ke tahap antarabangsa, iaitu yang paling tinggi bagi saya.



"Saya ghairah menyertai skuad yang penuh dengan pemain profesional berpengalaman ini, menjelang pusingan kelayakan yang genting dan saya harap diberi peluang untuk tampil," kata Kweh.



Nishigaya telah menamakan empat penjaga gawang dalam skuadnya, iaitu Hassan Sunny, yang bersama Izwan mewakili Sailors, serta Syazwan Buhari dari Tampines Rovers, Zaiful Nizam dari Geylang International dan Zharfan Rohaizad dari Tanjong Pagar United.



Beliau juga telah menamakan pemain yang berpangkalan di luar negara seperti Ikhsan Fandi dan Irfan Fandi (BG Pathum United) dan Safuwan Baharudin (Selangor).



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >