Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Lima pemain jadi tumpuan

Stadium Negara bakal digegarkan oleh aksi hebat bintang-bintang dua kelab Liga Perdana England malam ini, apabila Liverpool menentang Crystal Palace dalam Trofi Singapura Standard Chartered 2022. BERITA HARIAN memilih lima pemain yang menjadi tumpuan dan dijangka memukau penyokong di Singapura.
Jul 15, 2022 | 05:30 AM



VIRGIL VAN DIJK (LIVERPOOL)



Tegap dan teguh, Van Dijk ialah antara pemain bek tengah terbaik dunia. Warga Belanda itu, yang merupakan salah seorang pemain kegemaran peminat, dijangka diturunkan untuk memperkukuh benteng pertahanan pasukan selepas dibolosi empat kali oleh United awal minggu ini.




MOHAMED SALAH (LIVERPOOL)



Kelincahan mengatasi lawan di bahagian sayap dan keupayaannya menyumbat gol mantap menjadi aset utama Salah.



Penyerang dari Mesir itu, yang baru-baru ini melanjutkan kontrak dengan Liverpool memaparkan sekilas kehebatannya ketika dimasukkan dalam separuh kedua perlawanan dengan Manchester United di Bangkok baru-baru ini.




LUIS DIAZ (LIVERPOOL)



Diaz memukau setelah menyarung jersi Liverpool sejak Januari lalu dan sudah menjaringkan empat gol dalam 13 perlawanan. Bakat pemain sayap Colombia yang dinamik ini begitu menyerlah dan kini beliau dibandingkan dengan Luis Suarez.




DARWIN NUNEZ (LIVERPOOL)



Nunez menyertai Liverpool dari Benfica pada musim panas ini dan menyarung jersi pasukan buat kali pertama di Bangkok. Dibeli dengan harga rekod kelab, £85 juta ($141 juta), penyerang dari Uruguay itu pastinya akan mahu membuktikan kebolehannya di depan pengurusnya.




ODSONNE EDOUARD (CRYSTAL PALACE)



Eduoard ialah antara pemain yang semakin mendapat perhatian di Palace selepas pengurus Patrick Vieira menyertai kelab musim lalu. Penyerang Perancis itu, yang telah meledakkan enam gol dalam 28 perlawanan untuk The Eagles, dijangka memimpin serangan pasukan dengan ketiadaan pemain utama, Wilfried Zaha, Christian Benteke dan Eberechi Eze.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >