Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Lingard cemerlang bantu West Ham

Apr 07, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Kapten West Ham Mark Noble mengatakan Hammers tidak rugi apa-apa dalam perlumbaan menjamin bola sepak Liga Juara-Juara musim depan selepas menang 3-2 di Wolverhampton Wanderers kelmarin untuk naik tangga menjadi empat pasukan teratas Liga Perdana.



Setelah cemerlang mendahului perlawanan dengan tiga gol dalam 40 minit pertama, Hammers berjaya menahan kebangkitan Wolves untuk menjamin kemenangan yang membawa mereka berada di atas Chelsea dengan baki lapan perlawanan.



Hanya satu perkara negatif bagi pasukan David Moyes apabila Michail Antonio awal digantikan akibat kecederaan, dengan penyerang itu akan diperiksa pada hari-hari mendatang.



Namun, Hammers menunjukkan perwatakan sebenar selepas pemergian Antonio untuk mencatat kemenangan, dan Noble berkata skuad itu tekad berjuang untuk mencapai kedudukan empat pasukan teratas.



"Kami mengatakan dua atau tiga minggu lalu bahawa apabila kami mencapai angka tunggal dalam jumlah baki perlawanan, kami berhak untuk bertarung menjadi empat pasukan teratas liga, sebab kami tidak rugi apa-apa dan kami boleh lakukannya," katanya.



"Mudah-mudahan ia musim yang hebat. Kami ada baki lapan perlawanan dan kami kini menghuni tangga keempat. Kami tergolong bersama pasukan-pasukan teratas."



Pemain midfield yang dipinjamkan dari Manchester United, Jesse Lingard berada dalam prestasi penuh inspirasi apabila Hammers memecah-belahkan Wolves dalam separuh pertama.



Lingard menjaringkan gol solo yang mantap dan memainkan peranan dalam dua lagi gol hasil Pablo Formals dan Jarrod Bowen, dengan pasukan pelawat mendahului 3-0.



Pasukan Moyes telah membiarkan kelebihan 3-0 tergelincir dalam perlawanan sebelumnya menentang Arsenal untuk seri 3-3 dan mereka kelihatan dalam bahaya mengulangi situasi sama apabila Leander Dendoncker menanduk gol sebelum waktu rehat dan pemain gantian Fabio Silva meledakkan rembatan cantik pada separuh kedua untuk merapatkan jurang kepada satu gol.



West Ham bersikap defensif untuk cuba mempertahankan kelebihan tipis mereka, dan meskipun Wolves mendominasi saat-saat akhir perlawanan, mereka gagal membolosi gawang Hammers buat kali ketiga.



Dalam pada itu, pengurus Everton Carlo Ancelotti menegaskan pasukannya masih dalam pertarungan bagi kelayakan Eropah meskipun membolos gol penyamaan pada saat akhir kepada Crystal Palace.



Pemain gantian Palace Michy Batshuayi menyamakan kedudukan pada minit ke-86 dengan menyepak rembatan ke sudut rendah untuk melepasi penjaga gol Robin Olsen.



James Rodriguez, yang kembali daripada kecederaan, meletakkan Toffees di depan dengan rembatan kaki kanan yang cantik pada minit ke-56.



"Sasaran tetap sama," kata Ancelotti kepada BBC Sport.



"Kami hilang dua mata. Kami harus dapatkan kembali dua mata itu dalam perlawanan lain."



Keputusan itu meninggalkan Everton di tangga kelapan, lima mata dari penghuni tempat keempat West Ham, dan mempunyai kelebihan satu perlawanan.



Palace tampak terselamat dari zon penyingkiran, dengan keputusan seri itu memberikan mereka jarak selesa 12 mata dari tiga tangga terendah liga dengan lapan perlawanan tinggal. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >