Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MALAM ANUGERAH FAS 2020

Lion City Sailors bolot tiga anugerah

Dec 08, 2020 | 05:30 AM



WALAUPUN hanya mampu menamatkan musim 2020 Liga Perdana Singapura (SPL) Sabtu lalu di tempat ketiga, pemain Lion City Sailors digelar antara yang terbaik tahun ini.



Dalam majlis Malam Anugerah Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) 2020 semalam, Sailors membolot tiga anugerah dengan lima pemain dari kelab swasta pertama di Singapura itu tersenarai dalam Pasukan Terbaik SPL.



Pemain sayap Sailors Gabriel Quak dinobat sebagai Pemain Terbaik di majlis berskala kecil yang diadakan di The Gym di Jalan Besar semalam.



Demi mematuhi langkah pengurusan selamat untuk mengekang penularan Covid-19, majlis anugerah tahun ini hanya dihadiri pemenang serta penyampai anugerah dan kru acara.



Ia turut disiarkan secara langsung dalam talian menerusi laman Facebook FAS.



Quak, 29 tahun, menewaskan rakan sepasukan Stipe Plazibat, yang membawa pulang anugerah Penjaring Gol Paling Banyak dengan 14 gol dalam 11 perlawanan musim ini, dan bintang Albirex Niigata Tomoyuki Doi.



Ini merupakan kali kedua berturut-turut pemain tempatan memenangi anugerah itu selepas ia dijulang Faris Ramli, yang kini beraksi untuk kelab Malaysia Terengganu FC, pada tahun lalu.



Anugerah Pemain Muda Terbaik pula dimenangi pemain midfield Sailors Saifullah Akbar, 21 tahun.



Kapten Young Lions Jacob Mahler dan pemain bek kiri Geylang International Harith Kanadi turut tercalon dalam kategori tersebut.



Lima pemain Sailors, Quak, Kaishu Yamazaki, Tajeli Salamat, Song Uiyoung dan Plazibat dipilih sebagai pemain terbaik kesebelasan utama dalam Pasukan Terbaik SPL.



Sementara itu, jurulatih Albirex Niigata Keiji Shigetomi, yang membimbing White Swans menjulang trofi kejuaraan liga musim ini, dinobat Jurulatih Terbaik, manakala penyerang Geylang International Khairul Nizam memenangi Gol Terbaik untuk jaringan luar biasanya dari jauh ketika terikat 1-1 bersama Tampines Rovers bulan lalu.



Dalam majlis semalam, FAS turut memberikan pengiktirafan kepada enam individu, termasuk kapten pasukan negara Hariss Harun dan pemain sayap Tampines Rovers Jordan Webb.



Kededua pemain disampaikan Anugerah Penghargaan Khas atas sumbangan mereka kepada bola sepak setempat.



Hariss, yang beraksi untuk kelab Malaysia Johor Darul Ta'zim, memperolehi 100 penampilan antarabangsa untuk Singapura sementara Webb, yang berasal dari Canada, menjaringkan 100 gol dalam SPL sejak penampilan sulungnya pada 2010.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >