LIGA PERDANA SINGAPURA
Lion City Sailors tenggelam 4-0 di tangan Tampines Rovers
Mar 20, 2020 | 05:30 AM
PELAYARAN Lion City Sailors dalam Liga Perdana Singapura (SPL) musim ini tampak tidak lancar selepas dibelasah 4-0 oleh pendahulu liga, Tampines Rovers di Our Tampines Hub malam kelmarin.
The Sailors kini masih tanpa kemenangan dalam dua perlawanan pertamanya dan menduduki tangga kelapan dalam liga seramai sembilan pasukan.