Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Lion City Sailors tewaskan Geylang walau gagal pamer persembahan menyakinkan

May 11, 2021 | 05:30 AM



MESKIPUN gagal menunjukkan persembahan yang menyakinkan, Lion City Sailors tetap menewaskan Geylang International 2-1 dalam perlawanan di Liga Perdana Singapura kelmarin, yang pertama selepas jurulatih mereka Aurelio Vidmar meninggalkan kelab itu.



Kemenangan itu memperkukuh kedudukan mereka di tangga kedua liga, satu mata di belakang juara bertahan Albirex Niigata.



Vidmar, seorang warga Australia, meninggalkan Sailors pada 28 April untuk menyertai juara liga Thailand BG Pathum, kelab yang pernah dipimpinnya.



Geylang telah membelasah Sailors 8-0 bulan lalu, tetapi perlawanan ini jauh lebih sengit.



Sailors, yang kini dipimpin jurulatih bawah 21 tahun Robin Chitrakar memulakan perlawanan dengan baik, membuka tirai jaringan pada minit ke-21 melalui Stipe Plazibat.



Plazibat, yang berasal dari Croatia mengambil kesempatan hantaran yang tersasar oleh Darren Teh untuk menjaringkan gol ke sembilan musim ini.



Namun kelebihan gol itu hanya berkekalan lima minit sahaja, apabila Matheus Moresche menjaringkan gol penyamaan selepas Hassan Sunny membuat kesilapan di gawang Sailors.



Moresche, malah, mempunyai dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol selepas itu, tetapi gagal kerana keputusan pengadil dan selepas dikasari.



Pada minit ke-32 Moresche dikasari di luar petak penalti oleh pemain pertahanan Sailors Joger Fellipe, yang bernasib baik untuk kekal di padang, meskipun beliau pemain pertahanan terakhir antara Moresche dan penjaga gawang.



Lima minit selepas waktu rehat, Moresche menyumbat bola ke dalam gol, tetapi pengadil menganggapnya sebagai berada di posisi ofsaid semasa menjaringkan gol itu.



Walau goyang, Sailors mampu mengawal semula semula permainan selepas Saifullah Akhbar menjaringkan gol cantik dari jarak 20 meter untuk member kelebihan semula kepadanya.



Amy Recha hampir menjaringkan gol penyamaan kedua bagi Geylang selepas itu, sementara Gabriel Quak dan Faris Ramli juga mempunyai peluang untuk memperluas jurang tetapi perlawanan berakhir 2-1 kepada Sailors.



Chitrakar berkata pasukannya tidak memulakan perlawanan dengan baik, tetapi menjadi semakin kuat sepanjang baki perlawanan.



Jurulatih Geylang Noor Ali berkata pemainnya telah berjuang bermati-matian sepanjang perlawanan, termasuk pemain yang beraksi buat kali pertama Saurajen dan Ilhan Noor.



Dalam satu lagi perlawanan kelmarin, Hougang United menewaskan Balestier Khalsa 4-3 di Stadium Hougang, dengan Hafiz Abu Sujad menjaringkan gol kemenangan pada penghujung perlawanan.



Sabtu lalu, Tampines Rovers mengikat Albirex 2-2 di Our Tampines Hub dan kini ia berada di tangga ketiga liga, dua mata di belakang Sailors dan satu mata di belakang Niigata selepas 10 perlawanan.



Perlawanan antara Tanjong Pagar dengan Young Lions pula terpaksa dihentikan pada minit ke-62 akibat cuaca buruk, dengan jaringan terikat 1-1.



Perlawanan itu akan dimainkan lagi di tarikh yang belum ditentukan.



* Artikel ini telah dikemas kini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >