Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Lion City Sailors tidak mampu cicir mata

Apr 06, 2021 | 05:30 AM



LION City Sailors tidak mampu tercicir mata apabila ia bertemu Albirex Niigata esok jika ia enggan tercicir lagi jauh dalam persaingan bagi kejuaraan liga.



Ia kini berada tiga mata di belakang Albirex di tangga ketiga dan dua mata di belakang pasukan kejutan Hougang yang berada di tangga kedua.



Albirex adalah pasukan tunggal yang masih memegang rekod tanpa kalah selepas empat perlawanan.



Pencapaian itu penting, kerana juara bertahan itu telah menghadapi pasukan-pasukan yang telah memberikan mereka saingan hebat musim lalu.



Selepas membelasah naib juara musim lalu Tampines Rover dalam perlawanan terakhir, Hougang, yang mengakhiri musim lalu di pertengahan liga pula, kini mula menarik perhatian sebagai antara pesaing bagi kejuaraan liga.



Bersama Hougang United, Lion City Sailors wajib diberi gelaran pasukan paling menghiburkan setakat ini.



Ia telah menjaringkan 12 gol dalam dan membenarkan gawang dibolosi tujuh gol selepas empat perlawanan, mencadangkan corak permainan terbuka.



Namun corak permainan yang menarik itu, setakat ini tidak dicerminkan melalui keputusannya dan Sailors masih mempunyai ruang dan peluang untuk bangkit, bermula perlawanan dengan Albirex.



Ia boleh mengambil perangsang dari perlawanan terakhir mereka, di mana ia menewaskan Young Lions 3-1.



Kemenangan ke atas pasukan yang dibintangi kebanyakannya pemain bawah 23 tahun nasional itu mungkin dijangka, tetapi itulah juga perlawanan di mana kededua pemain import baru - Jorge Felipe dan Diego Lopes - yang bersama bernilai sekitar $3 juta - berjaya melengkapkan seluruh perlawanan.



Kededuanya pula tidak menghampakan.



Felipe, sebagai pemain pertahanan tengah sasa dan tinggi lampai dan mempunyai tendangan yang kencang.



Lopes pula memiliki sentuhan pertama yang berkualiti dan menunjukkan keupayaannya apabila berjaya menyesuaikan diri dengan corak permainan rakan sepasukannya dengan cepat.



Kehadirannya diharap dapat mempertajam serangan Sailors, yang setakat ini agak tumpul di depan gawang lawan, dengan jurulatih Aurelia Vidmar akur beliau kurang berpuas hati.



Dalam pada itu, Albirex terus menjadi pasukan yang mencatat 'standard' bagi pasukan-pasukan lain.



Dalam kesemua perlawanan setakat ini, Albirex telah dapat mengawal permainan dan mendapat keputusan positif walaupun persembahan pasukan tidak luarbiasa.



Sebagai contoh, semasa menentang Hougang, Balestier Khalsa dan Geylang International, pasukan bergelar White Swans itu bukan sahaja berjaya menguasai perlawanan, malah membuat lawan mereka kelihatan bak pasukan biasa-biasa sahaja.



Dalam perlawanan dengan Young Lions pula, gawang dan kedudukan mereka dalam perlawanan jarang terancam.



Albirex telah menunjukkan ia mampu membentangkan kesebelasan pertama yang berkaliber dan mengikut disiplin dan sistem yang berkesan, walaupun ia telah kehilangan beberapa pemain seperti Shuhei Hoshina - pemenang Anugerah But Emas 2018 - dan Tomoyuki Doi, yang kini membintangi Hougang.



Apabila Albirex dan Sailors berentap esok, jangkakan persaingan yang baik antara sistem permainan yang bergantung pada struktur dan disiplin dengan pasukan yang bertabur bintang.




JADUAL PERLAWANAN



Esok, 7.45 malam



Lion City Sailors lwn Albirex Niigata
Singtel TV Sal 112, Starhub TV Sal 202



Tampines Rovers lwn Young Lions
Singtel TV Sal 112, Starhub TV Sal 20



Balestier Khalsa lwn Geylang International
Starhub Sal 204



Tanjong Pagar menentang Hougang United
Singtel TV Sal 113



* Siaran langsung semua perlawanan juga disiarkan di YouTube dan Facebook Liga Perdana Singapura (SPL).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >