×Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Lions mula Kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 pada bulan September
Aug 21, 2019 | 11:09 AM
PERTANDINGAN KUALIFIKASI PIALA DUNIA DIADAKAN DI TANAH AIR SINGAPURA: Hab Sukan Singapura akan menjadi tuan rumah bagi kempen kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 antara Singapura, Yemen dan Uzbekistan. -Foto: ST
PERTANDINGAN KOMPETITIF PERTAMA: Kempen kelayakan Piala Dunia FIFA dan Piala Asia merupakan pertandingan kompetitif pertama bagi jurulatih baru pasukan bola sepak Singapura, Lions Encik Tatsuma Yoshida. -Foto: ST
PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) telah mengumumkan semalam (20 Ogos) bahawa tiga perlawanan bola sepak pertama akan berlangsung di Singapura dan dimain oleh Pasukan Kebangsaan Singapura dalam fasa kedua kempen pusingan kelayakan Asia untuk pusingan akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022™ bersama Piala Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) 2023, bermula bulan depan.
Stadium Nasional akan menjadi tuan rumah untuk perlawanan pembukaan Kumpulan D bersama Yemen pada 5 September serta perlawanan ketiga bersama Uzbekistan pada 15 Oktober.
Pasukan bola sepak Singapura, Lions, juga akan melawan Palestin pada pertandingan kedua yang akan dimainkan di Stadium Jalan Besar pada 10 September.
Perlawanan-perlawanan tersebut merupakan pertandingan kompetitif yang pertama bagi jurulatih baru, Encik Tatsuma Yoshida, yang ingin peminat Singapura menyokong dengan penuh semangat untuk pasukan Lions
"Saya telah berusaha untuk memulakan kempen kelayakan ini sejak keputusan dibuat sebulan lalu," katanya.
"Ia adalah penting bagi kami untuk bertanding dengan baik dalam perlawanan-perlawanan di tanah air kami supaya kami berpeluang untuk maju ke peringkat kualifikasi seterusnya, bukan sahaja untuk Piala Dunia tetapi juga Piala Asia.”
“Untuk lebih memanfaatkan peluang ini, kita harus diberi sokongan yang semangat oleh para peminat dan itu adalah sokongan yang tidak ternilai bagi kita.”
“Kumpulan kelayakan ini agak mencabar,” kata Encik Tatsuma Yoshida lalu menambah bahawa suasana di tanah air yang penuh gemuruh akan memotivasi pasukan Singapura untuk terus berjuang.
Bryn Jones, Pengerusi Hab Sukan Singapura, berkata, "Hab Sukan Singapura, permata mahkota kami, dengan bangga menjadi tuan rumah bagi perlawanan kualifikasi Piala Dunia FIFA 2022 antara Singapura, Yemen dan Uzbekistan.
“Ini adalah peluang yang baik bagi warga Singapura dan juga peminat bola sepak untuk datang menyokong pasukan kebangsaan kami pada perlawanan kelayakan."
Tiket akan mula dijual pada pukul pukul 9 pagi, hari Rabu, 21 Ogos 2019 di www.sportshub.com.sg. Maklumat lanjut untuk tiga perlawanan tersebut di atas boleh didapati di bawah.
Jadual Kempen Kelayakan Piala Dunia Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Singapura
Tarikh
Masa
Perlawanan
Tempat
Harga Tiket
Cat 1
Konsesi*
5 September 2019
Khamis
7.45pm
Singapore vs Yemen
Stadium Nasional
$15.00
$10.00
10 September 2019
Selasa
Singapore vs Palestine
Stadium Jalan Besar
$12.00
$8.00
15 Oktober 2019
Selasa
Singapore vs Uzbekistan
Stadium Nasional
$15.00
$15.00
BUNDLE SEPTEMBER: Peminat juga boleh membeli satu bundle untuk DUA pertandingan perlawanan, Singapura-Yemen dan Singapura-Palestin. Ini akan dijual pada harga $ 24.30 (Cat 1) dan $ 16.20 (Konsesi *) - diskaun sejumlah 10%.