Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

LionsXII akhiri kempen di padang lawan dengan kekecewaan apabila kalah 1-2 kepada Sarawak

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

LionsXII akhiri kempen di padang lawan dengan kekecewaan apabila kalah 1-2 kepada Sarawak

Aug 20, 2015 | 10:46 AM

REKOD di padang lawan yang mengecewakan bagi LionsXII berterusan apabila pasukan bimbingan Fandi Ahmad tumbang 1-2 kepada Sarawak di Kuching dalam satu perlawanan Liga Super Malaysia (MSL) yang berakhir sebentar tadi (19 Ogos).

Kekalahan itu adalah yang ketujuh bagi LionsXII dalam 11 pertarungan di padang lawan. Mereka hanya memenangi satu perlawanan di kubu pasukan lawan - ke atas pasukan corot Sime Darby pada 2 Mei lalu - manakala tiga perlawanan lain berakhir dengan keputusan seri.

Gol-gol tandukan - pertama melalui Patrick Gerhardt pada minit ke-22 dan kedua melalui Billy Mehmet pada minit ke-38 - memberikan pasukan tuan rumah bergelar 'Bujang Senang' itu hanya kemenangan keempatnya musim ini.

Penyerang nasional, Khairul Amri, merapatkan jurang dengan memperdayakan penjaga gawang Sarawak, Mohd Fadzley Rahim, melalui sepakan penalti pada minit ke-74 selepas beliau sendiri dijatuhkan di dalam kotak penalti pasukan lawan tetapi tidak cukup menyelamatkan pasukannya daripada pulang dengan tangan kosong.

Lebih mengecewakan ialah kekalahan ini sekali gus menghancurkan harapan Fandi and LionsXII untuk menduduki empat tangga teratas liga - bagi menjamin kelayakan ke Piala Malaysia sebagai 'pasukan pilihan' atau 'seeded team' dan mengelak daripada bertemu satu sama lain.

LionsXII mempunyai satu lagi perlawanan sebelum tirai MSL musim ini dilabuhkan pada Sabtu ini - pertemuan dengan Sime Darby di Stadium Jalan Besar.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3