Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LionsXII belasah SPA Putrajaya 4-0 untuk 'temu janji' dengan JDT2

Mar 21, 2015 | 09:46 PM



LIONSXII mengorak langkah penuh yakin ke pusingan suku akhir Piala FA Malaysia selepas mencatatkan kemenangan selesa 4-0 ke atas pasukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Putrajaya di Stadium Jalan Besar (JBS) yang baru berakhir tadi (21 Mac).


Gol awal rembatan Madhu Mohana pada minit ke-16 serta percubaan cantik daripada sudut yang sempit yang dilakukan Khairul Amri pada minit ke-28 meletakkan skuad muda pimpinan Fandi Ahmad di hadapan semasa rehat.


LionsXII memulakan separuh masa kedua dengan semangat sama untuk melebarkan jurang jaringan melalui gol cemerlang Gabriel Quak pada minit ke-57 sebelum Amri menjaringkan gol keduanya pada lewat permainan untuk membuat 'temu janji' dengan dua bekas rakan sepasukan - Shahril Isyak dan Baihakki Khaizan - dari pasukan Johor Darul Takzim 2 (JDT2) di pusingan suku akhir pertandingan ini nanti.


Keputusan pertarungan mungkin lebih besar jika LionsXII lebih tajam lagi di hadapan gawang lawan terutama dua pemain yang disertakan dalam kesebelasan utama pasukan buat kali pertama - Christopher van Huizen dan penyerang nasional, Sahil Suhaimi.


Namun, yang penting ialah kemenangan ke atas SPA Putrajaya ini yang berada di tangga corot Liga Perdana Malaysia - satu divisyen di bawah Liga Super Malaysia (MSL) - membuka peluang kepada LionsXII mengorak langkah lebih jauh dalam kejohanan ini selepas tersingkir awal sejak dua musim lalu.


Tahun lalu, LionsXII terkeluar daripada pertandingan di pusingan kedua selepas tewas 1-2 kepada Pahang manakala pada 2013, mereka kecundang di pusingan pertama setelah tewas 0-1 kepada Selangor PKNS.


LionsXII 'berehat' seketika bagi memberi laluan kepada perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum menyambung kempennya dalam MSL dengan pertemuan dengan Pahang di Stadium Darul Makmur pada 4 April nanti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >