Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LionsXII capai kemenangan pertama

Jan 07, 2014 | 09:42 PM



Fandi Ahmad menikmati kemenangan pertama beliau sebagai jurulatih LionsXII apabila anak buahnya menewaskan pasukan Liga Perdana Indonesia, PPSM Sakti Magelang, dalam perlawanan persahabatan petang tadi.


Gol dalam separuh masa kedua dari penyerang, Khairul Amri dan Sufian Anuar, memastikan LionsXII tidak tewas tiga kali berturut-turut setelah kecundang dalam dua perlawanan persahabatan pra-musim sebelum ini.


Perlawanan yang diadakan di Stadium Madya, Magelang, sekitar satu setengah jam dari Yogyakarta itu merupakan perlawanan kedua dalam latihan pusat sembilan-hari LionsXII di Indonesia. Mereka tewas 3-0 dalam perlawanan pertama menentang Persib Solo Sabtu lalu.


LionsXII sememangnya wajar menang dalam perlawanan petang tadi kerana mengawal sebahagian besar perlawanan dan mencipta sekurang-kurangnya lapan peluang jaringan yang baik.


Ditemui selepas perlawanan, Fandi berkata beliau gembira dan lega dengan kemenangan tersebut meskipun akur pasukannya seharusnya menjaringkan lebih banyak gol.


"Anda sendiri lihat begitu banyak peluang jaringan yang kami cipta," ujar beliau kepada wartawan. "Tapi ini satu permulaan yang baik, keputusan yang baik," tambahnya.


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >