Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LionsXII diikat Terengganu 1-1 di Stadium Jalan Besar

Mar 14, 2015 | 11:10 PM



Malam yang bermula muram berakhir dengan kurang ceria bagi LionsXII yang diikat 1-1 dalam perlawanan Liga Super Malaysia (MSL) di Stadium Jalan Besar lewat Sabtu.


Namun pertunjukan yang menggalakkan, terutama dalam babak kedua, bermakna lebih 6,000 penyokong yang mengharungi hujan lebat bagi menyaksikan perlawanan yang ditunda 90 minit kerana ancaman kilat itu tidak pulang terlalu hampa.


Gol pasukan pelawat dijaringkan oleh Vincent Bikana dalam minit ke sembilan, sementara Faris Ramli menyamakan kedudukan bagi LionsXII dalam babak kedua.


LionsXII memulakan perlawanan dengan perlahan, membenarkan pasukan pelawat menyesuaikan diri dengan keadaan padang yang basah terlebih dahulu, Malah, Terengganu menguji Izwan Mahbud seawal minit kedua, tetapi rembatan voli oleh kapten Zairo Anuar dari luar petak penalti berjaya ditampar keluar oleh Izwan.


Benteng LionsXII yang rapuh, terutama di bek kanan, mengundang Terengganu menyerang dan penjaring gol utama MSL musim lalu Paolo Rangel beberapa kali membuat larian berjaya ke dalam kawasan LionsXII.


Asakan bertubi-tubi itu mendatangkan ganjaran bagi pasukan bergelar Sang Penyu pada minit ke sembilan.


Pemain paling tinggi di padang, Vincent Bikana melompat paling tinggi dalam petak penalti dan berjaya menanduk masuk umpanan Gistavo Lopez dari penjuru kanan padang.


LionsXII terpaksa menanti sehingga minit ke-20 bagi mengancam benteng Terengganu. Bagaimanapun, 'through-ball' yang dihantar Khairul Amri kepada Faris Ramli terlalu deras dan berjaya dipintas penjaga gawang Sang Penyu Sharbinee Allawee.


Pasukan tuan rumah berjaya menyumbat gol pada minit ke-20, tetapi rembatan Faris Ramli yang menemui sasaran tidak diambil kira kerana Amri didakwa menyentuh bola sejurus sebelum itu.


Perlawanan yang kian rancak menyaksikan Zairo sekali lagi menguji Izwan dari jarak jauh. Namun penjaga gawang nasional itu tangkas menyelamat secara akrobatik bola yang menuju penjuru kiri gawangnya.


Momentum beralih kepada LionsXII selepas Wahyudi Wahid yang kurang menyerlah di bek kanan digantikan oleh Afiq Yunos pada minit ke-33. Benteng LionsXII beransur kukuh dengan Madhu Mohana, yang kini beralih ke bek kanan beberapa kali menyokong serangan.


Pada minit ke-39, tandukan deras Afiq hasil satu tendangan sudut hampir menemui sasaran, tetapi bola yang memperdaya Sharbinee ditanduk keluar oleh Sharin Sapien sebelum melepasi garisan gawang.


LionsXII memulakan babak kedua dengan lebih rancak, dengan Sahil Suhaimi menggantikan Isa Halim bagi menambah kreativiti apabila menyerang,


Dalam minit ke-51, Madhu Mohana berjaya menanduk bola dengan kencang, tetapi percubaannya berjaya didakap kemas oleh Sharbinee.


LionsXII meraih ganjaran pada minit ke-54, apabila Faris menjaringkan gol penyamaan hasil satu serangan balas kilat.


Berdepan dengan pemain pertahanan tunggal, Sahil yang menerima bola di garisan tengah membuat hantaran cantik kepada Faris yang memperdaya seorang pemain sebelum menyumbat gol ke penjuru gawang.


Momentum kini kembali kepada LionsXII dan Amri hampir menyumbat gol kedua selang lima minit, tetapi percubaan pemain nasional itu dari kiri petak penalti terkena tiang kanan, dengan Sharbinee tercegat di garisan gawang


LionsXII juga terlepas peluang keemasan menjaringkan gol apabila tendangan percuma Sahil Suhaimi dalam masa kecederaan memperdaya Sharbinee tetapi setakat menggegarkan palang Terengganu.


Perlawanan berkesudahan seri 1-1, dengan LionsXII kini mengutip enam mata daripada empat perlawanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >