Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LionsXII gugup awal permainan tapi bangkit untuk atasi Melayu Kedah 4-0

Feb 28, 2015 | 10:46 PM



LIONSXII mengatasi kegugupan awal permainan termasuk menyaksikan percubaan lawan terkena palang gawangnya sebelum menyempurnakan matlamat dengan kemenangan 4-0 ke atas Persatuan Bola Sepak (PB) Melayu Kedah dalam satu perlawanan Piala FA Malaysia di Stadium Darul Aman yang berakhir baru tadi (28 Februari).


Selepas permulaan yang penuh berhati-hati, sekali gus membuka peluang kepada pasukan tuan rumah melancarkan beberapa serangan berbahaya termasuk percubaan Wan Ahmad Syukri Wan Ahmad yang terkena palang gawang seawal minit ke-23, jurulatih Fandi Ahmad akhirnya dapat menarik nafas lega melihat pemain pertahanannya, Afiq Yunos, menemui sasaran.


Melalui satu gerakan 'set-pieces', Afiq melompat tinggi bagi menanduk bola hantaran sepakan sudut Faris Ramli yang memperdayakan penjaga gawang Melayu Kedah, Mohd Sheril Anuar Saini.


Gol itu turut memantapkan permainan skuad muda Fandi yang nyaris-nyaris menambah jaringan enam minit kemudian tetapi tandukan pemain penyerang Khairul Amri mencecah palang gawang Melayu Kedah.


Namun, Fandi tidak perlu menanti terlalu lama bagi gol kedua yang menyentak semangat pasukan lawan yang bermain dalam divisyen ketiga bola sepak Malaysia.


Sekalipun memulakan perlawanan di bangku pemain simpanan, penyerang muda berbakat, Sahil Suhaimi, membuktikan kehebatannya apabila, melalui sentuhan pertamanya, merembat masuk gol kedua LionsXII sejurus permainan separuh masa kedua dimulakan sebelum menanduk gol keempat dan terakhir pada minit ke-84, hasil umpanan cemerlang seorang lagi pemain gantian, Syafiq Zainal.


Di antara dua gol itu, Gabriel Quak meletakkan namanya dalam senarai penjaring gol pada minit ke-62.


Kemenangan itu meletakkan LionsXII di pusingan 16 pasukan terakhir kejohanan ini, dengan Fandi berazam membawa pasukannya melangkah sejauh mungkin menyusuli rekod hambar pasukan Singapura dalam pertandingan ini sejak kembali ke bola sepak Malaysia dalam 2012.


Lebih penting lagi ialah kejayaan benteng LionsXII pulang dari Alor Setar tanpa dibolosi sebarang gol selepas gawangnya digegarkan tujuh gol dalam tiga perlawanan awal Liga Super Malaysia (MSL) musim ini.


LionsXII akan menyambung kempennya dalam MSL dengan pertemuan dengan KL Felda United FC di Selayang Sabtu depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >