DISAKSIKAN lebih 80,000 penyokong lawan, LionsXII mencipta sejarah sebagai pasukan pertama dari Singapura menjulang Piala FA; menewaskan Kelatan 2-1 di Stadium Bukit Jalil semalam.
Dua pemain Young Lions dan skuad Sukan SEA - Sahil Suhaimi dan Faris Ramli menjadi wira LionsXII, menyumbat ketiga-tiga gol yang membisukan penyokong Kelantan yang sebelum itu menenggelamkan suara 6,000 penyokong LionsXII yang bertandang ke Kuala Lumpur.
Faris Ramli menyumbat gol pertama seawal minit kelapan, dengan Sahil, yang memulakan permainan di bangku, menyumbat dua gol dalam babak kedua bagi menjamin kemenangan bersejarah bagi LionsXII.
Gol tunggal Kelantan dijaringkan Wan Zack Haikal pada minit ke-64, menyamakan kedudukan menjadi 1-1.
Bagaimanapun, dengan Khairul Nizam cedera pada minit ke-57, laluan terbuka bagi Sahil memasuki padang dan mengubah skrip dan momentum permainan yang pada ketika itu condong kepada Kelantan yang rancak mengatur serangan.
Gol pertama Sahil dihasilkan menerusi satu serangan balas. Dengan hanya Faris menyokong di sayap kanan, Sahil memperdayakan beberapa pemain Kelantan sebelum melepaskan rembatan kencang yang hanya mampu ditepis penjaga gawang Kelantan Khairul Fahmi Che Mat ke penjuru gawang
Gol kedua Sahil dicipta menerusi tendangan penalti, apabila beliau dijatuhkan Amirizwan Taj dalam masa kecederaan; memaksa pengadil Muhammad Zamzaidi Katimin menuding ke titik penalti.
Mata yang layu dek sehari suntuk berjalan Raya tiba-tiba segar kembali di malam hari apabila menonton babak polis kejar-mengejar samseng dalam filem aksi terkini Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Integriti
Seringkali kita terperangkap dengan rutin harian sehingga terlupa tentang perkara penting – termasuk pengetahuan tentang kesihatan wanita, kesuburan serta isu pranatal dan pascapartum (lepas bersalin)
Melihat serpihan akibat kemusnahan perosak alam, Cik Hira Nabi, seorang pembikin filem wanita dari Pakistan menuntut jawapan kepada banyak persoalan: Apakah yang berlaku semasa pemusnahan itu? Apakah
Seorang lagi pembikin filem wanita yang diketengahkan dalam PerForm Open Academy of Arts and Activations (POA) ialah Cik Saodat Ismailova.
Beliau merupakan seorang pembikin filem dan artis berbakat
Baru-baru ini, seorang teman yang telah lama ‘hilang’ di media sosial tiba-tiba mengirim pesanan ringkas bertanya khabar sambil mengucapkan Selamat Hari Raya.
“Ya, saya dah lama gantung akaun Facebook
Dalam kita ghairah menyambut Hari Ibu 2024, mari kita hargai pengorbanan segolongan ibu yang dalam diam-diam bergelut dengan kemurungan selepas bersalin (PPD).
PPD adalah kebimbangan kesihatan awam
Setiap kali diundang ke Singapura untuk membuat persembahan irama tradisional Melayu, penyanyi dari seberang Tambak, Haziq Rosebi, terima dengan tangan terbuka dan teruja melihat sambutan peminat
Ada yang datang untuk bertemu artis legenda era 1970-an, Noor Kumalasari, yang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen dan layar perak selepas berhijrah untuk menjalani kehidupan sebagai suri rumah
Siapa sangka sebotol kecil minyak wangi boleh mendedahkan begitu banyak mengenai identiti seseorang?
Selain memberikan aroma yang menyenangkan kepada badan, pemilihan minyak wangi seseorang boleh
Daripada telefon bijak hingga ke bandar bijak, inovasi seperti kecerdasan buatan (AI) semakin merombak industri dan mengubah cara individu bekerja, berkomunikasi dan menjalani kehidupan.
Generasi muda

Apabila wisel penamat ditiup pengadil, pemain LionsXII bersujud mencium padang - keletihan, tetapi gembira kerana membuktikan keupayaan. Pencapaian mereka itu turut mendapat perhatian daripada Perdana Menter Lee Hsien Loong yang mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pasukan dan penyokong yang membawa pulang Piala FA ke Singapura.
Piala FA berpindah ke seberang Tambak buat kali pertama sejak pertandingan dimulakan pada
Kemenangan ini juga adalah kemenangan sulung bagi ketua jurulatih Fandi Ahmad sebagai jurulatih dalam bola sepak Malaysia
Menurut Fandi Ahmad denga penuh emosi, beliau dan LionsXII telah membuktikan bahawa ramalan penyokong - bahawa Kelantan akan menewaskan LionsXII dengan dua gol adalah salah.
"Kami layak menjadi juara kerana kami menunjukkan kesungguhan dan semangat kental apabila berjuang sebagai satu pasukan," katanya.
LionsXII dijadual tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Changi pada 6.10 petang, Ahad (24 Mei)