Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LionsXII kecundang

Apr 05, 2015 | 12:21 AM



MINGGU ini pasti diingat sebagai minggu buruk bola sepak tempatan.


Selepas Skuad Bawah 23 tahun tersingkir daripada persaingan Kejohanan Bawah 23 Tahun Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) selepas mampu seri sahaja dengan Mongolia, skuad nasional pula seri dengan jaingan yang sama dengan Guam dalam satu perlawanan persahabatan di Jalan Besar.


Malam tadi di Kuantan, Pahang, pasukan LionsXI pula kecundang 3-2 kepada pasukan tuan rumah dalam persaingan Liga Super Malaysia.


Selepas mendahului melalui jaringan Faris Ramli, LionsXII gagal mempertahankan gawang mereka daripada dibolosi sebanyak tiga kali.


Matias Conti menyamakan kedudukan melalui satu tandukan cantik sejurus sebelum rehat sebelum S.Gopinathan meletakkan pasukan Tok Gajah (gelaran Pahang) 2-1 di hadapan.


Jurulatih LionsXII, Fandi Ahmad, memasukkan Sufian Anuar, untuk menajamkan barisan serangan yang ketiadaann Khairul Amri kerana kecederaan, tetapi Pahang yang menambah jaringan melalui Azidan selepas mendapat satu tendangan bebas.


Jauh dalam waktu kecederaan, Khairul Nizam, mendapatkan gol sagu hati LionsXII selepas pertahanan Pahang lalai.


Mungkin satu-satunya yang positif daripada perlawanan di Kuantan itu ialah ketahanan Khairul Nizam bermain 90 minit penuh dan jaringannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >