Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LionsXII sasar tiga tempat teratas

Feb 03, 2015 | 06:53 PM



PASUKAN LionsXII menyasarkan matlamat menduduki tiga tempat teratas dalam musim baru Liga Super Malaysia (MSL) yang dijadual bermula Sabtu ini.


"Kami akan turun ke padang dalam setiap pertandingan dengan azam mahu menang dan musim ini kami sekali lagi menyasarkan matlamat tinggi iaitu tiga tempat teratas dalam liga.


"Saya sedar kami kehilangan tunggak pertahanan Safuwan Baharudin yang menyertai kelab Australia Melbourne City untuk kontrak selama tiga bulan.


"Tetapi kami mempunyai beberapa pemain baru yang bersemangat dan menunjukkan kesungguhan. Jika kami dapat bermain sebagai sebuah pasukan, saya yakin kami dapat mencatat keputusan yang baik," jelas jurulatih Fandi Ahmad dalam majlis perasmian pasukan LionsXII di Stadium Jalan Besar petang tadi.


LionsXII menduduki tempat kelapan daripada 12 pasukan musim lalu dalam musim pertama Fandi mengambil alih tugas sebagai jurulatih selepas muncul juara MSL pada musim sebelumnya.


LionsXII akan berdepan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Stadium Jalan Besar Sabtu ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >