Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA MALAYSIA

LionsXII tersingkir dari Piala M'sia, tewas agregat 3-4 kepada Pahang

Kemenangan 2-0 ke atas Pahang di Stadium Jalan Besar kurang memadai menerbalikkan kekalahan 1-4 di suku akhir pertama.
Nov 28, 2015 | 10:16 PM



LIONSXII melabuh tirai kempen bola sepak Malaysia dengan kekecewaan selepas ia disingkir Pahang di suku akhir Piala Malaysia pada 28 November.


Ia bukan sahaja perlawanan terakhir musim ini, malah perlawanan terakhir LionsXII dalam bola sepak Malaysia selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) enggan memperbaharui memorandum persefahaman (MOU) dengan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) bagi musim depan.


Cabaran mengatasi juara bertahan yang mendahului 4-1 dari suku akhir pertama nyata terlalu sukar bagi anak didik Fandi Ahmad.


Disaksikan stadium yang dipenuhi 5,898 penyokongnya, ia hanya mampu menewaskan Pahang 2-0, menjadikan keputusan agregat 4-3, berpihak kepada pasukan pelawat. LionsXII perlu menang sekurang-kurangnya tiga gol tanpa berbalas, bagi menerbalikkan keputusan suku akhir pertama. Bagaimanapun, kemenangan ini bermakna LionsXII mengakhiri musim tanpa kalah di Stadium Jalan Besar (JBS).


LionsXII memulakan perlawanan dengan pantas, mengasak kubu Pahang bertubi-tubi. Malah, ia meraih kelebihan dua gol seawal minit ke-18.


Christopher Van Huizen, yang menyambut ulang tahun ke-23 tahun, membuka tirai jaringan bersandar sikap juang dan kaki kidalnya.


Walau bola telah melantun dari kakinya, beliau tidak berhenti berlari dan memaksa pemain pertahanan Pahang membuat kesilapan. Bola yang bebas dikawalnya dengan satu sentuhan sebelum melepaskan rembatan cantik ke penjuru gawang yang memperdaya Khairul Azhan.


Selang enam minit, LionsXII telah menggandakan jaringan menerusi Faris Ramli. Sekali lagi, Van Huizen bertindak cemerlang, mengasak benteng Pahang sebelum melepaskan Nazrul Nazari di sayap kanan. Nazrul menghantar bola rendah ke petak penalti, yang dilepaskan oleh Safuwan, dan ditanduk masuk oleh Faris.


Faris hampir menjaringkan gol ketiga yang didamba pasukannya pada minit ke-34, tetapi percubaannya dari luar petak penalti mengena palang dan melantun keluar.


Separuh masa kedua mengundang LionsXII sekali lagi mengasak benteng Pahang, yang kini berpuas hati bertahan dan melancar serangan balas menerusi Dickson Nwakaeme.


Bagaimanapun, LionsXII yang kelihatan bak keletihan gagal membuat sebarang percubaan ketara, dan selepas pengadil meniup wisel terakhir pada minit ke-93, pemain LionsXII tersungkur ke lantai dengan hampa.


Selepas empat musim, pengembaraan mereka dalam bola sepak Malaysia telah berakhir.


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >