Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LionsXII tumpaskan JDTII 2-0 dalam suku akhir pertama Piala FA

Apr 09, 2015 | 11:12 AM



LIONSXII meraih 'bekal' gol selesa ke suku akhir kedua Piala FA di tempat lawan selepas ia menewaskan Johor Darul Takzim 2 (JDT2) 2-0 dalam perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar malam Rabu.


Malam yang bermula dengan hambar bagi JDT2, yang beraksi dalam Liga Perdana Malaysia (MPL), juga berakhir dengan buruk. Ia kehilangan tunggak pertahanan Baihakki Khaizan yang dibuang padang pada minit ke-80; selepas menerima kad kuning kedua,  mengasari Raihan Rahman.


Gol pertama LionsXII dijaringkan oleh Khairul Amri seawal minit ketiga; meneruskan prestasinya yang hangat dalam Piala FA.


Penyerang nasional itu mengambil kesempatan kecuaian benteng pertahanan JDT2 - yang memberinya terlalu banyak ruang dan masa - bagi mengawal bola dan meleretnya melepasi penjaga gawang Anis Faron.


LionsXII menguasai permainan, terutama dalam babak kedua, tetapi terpaksa menanti sehingga penghujung perlawanan bagi mengganda jaringan.


Pemain sayap, Christopher Van Huizen, menyumbat gol kedua - gol pertama baginya dalam jersi LionsXII - dalam masa kecederaan, mencetus perayaan penuh gah di serata stadium.


Walau senang hati kerana tidak melepaskan gol, jurulatih LionsXII Fandi Ahmad berkata beliau kurang berpuas hati dengan persembahan anak didiknya.


"Kami beri lawan kami peluang untuk menguasai permainan selepas menjaring gol pertama. Kami juga mensesiakan beberapa peluang gol yang ada," kata Fandi.


"Dalam MSL, kecuaian seperti ini boleh membawa padah," tambahnya.


Perlawanan LionsXII seterusnya adalah dalam Liga Super Malaysia, apabila ia bertemu Johor Darul Takzim di Stadium Jalan Besar, Sabtu in




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >