Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Liverpool ada 'senjata baru' hadapi pasukan baru naik Fulham

Aug 06, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Liverpool bertandang ke Craven Cottage untuk menentang Fulham malam ini, memulakan kempen Liga Perdana England (EPL) yang baru.



Anak didik Juergen Klopp terpaksa menelan pahit sekali lagi terlepas menjulang trofi EPL yang diidam-idamkan pada musim lalu dan berbekal 'senjata' baru dalam bentuk Darwin Nunez, dijangka sekali lagi bersaing sengit dengan Manchester City di puncak liga pada musim ini.



Fulham pula, yang baru naik ke EPL dari liga Championship, ingin mengumpulkan seberapa banyak mata yang boleh sepanjang musim, untuk mengelak tersingkir dari EPL.



Bagi mencapai matlamat itu, Marco Silva dan Fulham perlu menggugurkan label pasukan 'yo-yo' yang dikenakan ke atas mereka dan berusaha gigih untuk memelihara tempat di liga terunggul di England ini.



Form Fulham cemerlang bagi sebahagian besar musim lalu - menjaringkan 106 gol dan mengutip 90 mata - tetapi ia hanya menang dua daripada tujuh perlawanan terakhir, walaupun masih menjulang trofi Championship.



Sebanyak 43 daripada 106 gol yang dijaringkan itu bersumber dari Aleksandar Mitrovic.



Bersama kehadiran pemain baru Joao Palhinha dari Sporting Lisbon - yang dinanti-nantikan - Silva mungkin telah mencipta gandingan serangan menggerunkan yang baru.



Selain itu, Fulham juga mempunyai pemain-pemain baru lain seperit Manor Solomon, Kevin Mbabu, Bernd Leno dan Andreas Pereira.



Dalam beberapa perlawanan persahabatan pramusim, Fulham telah menewaskan Nice dan Estoril, dan seri dengan Villareal.



Namun ia dibolosi lima kali semasa menentang Benfica, yang mencadangkan melebihi membeli pemain baru, Silva masih perlu memperkukuh benteng pasukan menerusi strategi dan formasi.



Malam ini, Liverpool harus mengenepikan kekecewaan gagal memenangi EPL dan Liga Juara-Juara Eropah pada musim lalu dan membina semula momentum bagu mengharungi musim ini.



Sekurang-kurangnya, Klopp dan anak didiknya telah memenangi satu 'trofi' musim ini, apabila ia menewaskan City dalam perlawanan Perisai Masyarakat.



Kekalahan Liverpool kepada Red Bull Salzburg, Manchester United dan Strasbourg di pramusim juga bukan ukur tara baik bagi kekuatan Liverpool musim ini.



Klopp telah menurunkan kesebelasan utama yang dibentuk pemain akademi dan pemain simpanan bagi kesemua perlawanan itu dan hanya menurunkan kesebelasan utama bagi tempoh maksimum 30 minit.



Rekod yang dicapai pada musim lalu - 19 perlawanan EPL tanpa kalah - adalah ukur tara sebenar akan sifat konsisten dan keupayaan Liverpool.



Dalam pada itu, Antonio Conte dan Tottenham Hotspur menerima kehadiran Southampton dengan pengetahuan mereka boleh mencapai kemenangan yang meyakinkan dan membina momentum bagi musim ini.



Semua bintang yang dimiliki Conte, seperti Harry Kane dan Hyeung-min Son cergas dan dijangka kembali berganding untuk memburu gol.



Kehadiran pemain terbaru, Richarlison, yang dibeli daripada Everton, juga bermakna Conte mempunyai seorang lagi penjaring gol dan pemain kreatif yang boleh merintis peluang gol.



Chelsea pula bertandang ke Everton dengan harapan dapat mengutip semua tiga mata.



Anak didik Thomas Tuchel namun tahu tugas mereka di Goodison Park tidak mudah dan mereka harus bertungkus lumus untuk merebut semua tiga mata apabila berdepan dengan pasukan yang bermain bermati-matian dalam perlawanan pembuka tirai di depan penyokong sendiri.



Sementara pengurus Everton, Frank Lampard ditukil sebagai berkata sokongan boleh membantu pemain tengah Dele Alli menemui sentuhannya selepas permulaan kerjaya yang kurang memberangsangkan di Goodison Park.



Alli, 26 tahun, yang hanya membuat satu permulaan berikutan pemindahannya dari Tottenham Hotspur, gagal mencatatkan gol.



"Ada potensi bekerjasama dengannya untuk menjadi penjaring gol," kata Lampard kepada pemberita menjelang perlawanan pembukaan liga menentang Chelsea.



"Beliau (Alli) mempunyai naluri mencari kedudukan menjaringkan gol, dan kami perlu mencari jalan meletakannya di posisi itu dan mungkin memberinya keyakinan semula. Itulah sebab saya membawanya ke kelab ini," kata Lampard.



Everton akan memulakan kempen baru tanpa penyerang Dominic Calvert-Lewin, diketepikan sehingga enam minggu kerana masalah lutut, dan Richarlison, yang memperoleh perpindahan ke Spurs pada musim penutup.



Alli hanya menjaringkan satu gol liga dalam dua musim lalu dan Lampard berkata pemain itu mungkin perlu mendengar beberapa kebenaran untuk mengembalikannya ke jejak penjaringan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >