LIGA PERDANA ENGLAND: Tarungan tebus kecewa
Liverpool akan menghukum City
Beberapa hari selepas kecundang di Eropah, Manchester City dan Liverpool berentap dalam Liga Perdana England, masing-masing memburu tiga mata maksimum, bukan sahaja bagi menebus kekecewaan malah merapat jurang ke persada liga.
Mar 01, 2015 | 05:30 AM
AWAS Manchester City. Liverpool bak 'haiwan yang cedera' selepas tersingkir dari Liga Europa beberapa hari lalu.
Walau tewas 5-4 melalui tendangan penalti kepada Besiktas di Turkey, Liverpool menjejakkan kaki ke Anfield dengan penuh keyakinan malam ini.