Liverpool benam United, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:54
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

LIGA PERDANA ENGLAND

Liverpool benam United

May 15, 2021 | 05:30 AM

MANCHESTER: Jurgen Klopp meraikan kemenangan pertamanya di Old Trafford apabila Liverpool bangkit dari belakang untuk menewaskan Manchester United 4-2 dan merangsang peluang mereka menempah tempat di Liga Juara-Juara musim depan.

Dalam perlawanan yang berlatarbelakangkan bantahan bising menentang pemilikan United di luar stadium, United membuka jaringan dahulu menerusi gol Bruno Fernandes.

Namun, Liverpool, yang menyaksikan salah satu daripada bas mereka dihalang daripada mengambil anggota pasukan sebelum perlawanan setelah disekat di jalan, membalas dengan usaha Diego Jota.

Roberto Firminho, yang hanya menjaringkan gol sekali sejak dua golnya di Crystal Palace Disember lalu, meletakkan pasukannya di depan dengan dua gol yang dihasilkan - satu gol sebelum dan satu lagi selepas waktu rehat.

Marcus Rashford merapatkan jurang untuk United dengan golnya pada pertengahan babak kedua tetapi Mohamed Salah menjamin Liverpool tiga mata ketika beliau meledak gol ke-21nya dalam liga musim ini pada saat-saat akhir perlawanan.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Ini membawa Salah setanding dengan Harry Kane dalam merebut But Emas musim ini dan memberi pasukan Ole Gunnar Solskjaer kekalahan keenam mereka di padang sendiri.

Keputusan itu membawa Liverpool ke tangga kelima Liga Perdana.

Sekiranya mereka menang di West Brom esok, mereka akan merapatkan jurang mata kepada masing-masing satu dan tiga mata dengan finalis piala FA Chelsea dan Leicester, yang akan menentang satu sama lain di Stamford Bridge pada 18 Mei.

Berucap kepada BBC Sport selepas perlawanan kelmarin, Klopp berkata:

"Itulah yang kami perlukan dalam situasi ini. Kami berada dalam situasi di mana kami berada di bawah tekanan dan perlu menang perlawanan untuk berpeluang (ke Liga Juara-Juara). Kami datang ke sini untuk bermain pasukan dalam prestasi baik.

"Kami hadapi perlawanan mendatang yang mencabar. West Brom akan bebas dari tekanan, yang boleh melakukan perkara yang pelik. Burnley bersama penyokong adalah perlawanan yang sukar dan kami akan lihat apa yang harus kami lakukan menentang Crystal Palace.

"Kami harus menang semua perlawanan. Itulah sebabnya keputusan seri menentang Newcastle dan Leeds rasa seperti kekalahan. Berada dalam kedudukan di mana kelayakan ke Liga Juara-Juara ada di tangan anda adalah perkara besar. Dua atau tiga tahun lalu itulah kehidupan kami."

United pula mengalami kesukaran tanpa kapten dan pemain bek tengah Harry Maguire, yang mengalami kecederaan buku lali.

Solskjaer, yang pasukannya kini di tangga kedua liga, memberitahu Sky Sports: "Mereka layak menang. Kami bolos gol pada detik penting permainan. Kami tidak ambil peluang pada rentak yang kami ada atau hentikan rentak mereka. Kami beri mereka sekurang-kurangnya dua gol. Detik penting tidak berpihak pada kami.

"Kami tidak ambil peluang pada waktu-waktu baik. Kami patut lakukan lebih pada permulaan permainan. Kadang kala kami tidak menghukum mereka dan biarkan mereka bermain. - Agensi berita.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map