LIGA PERDANA ENGLAND

Liverpool cemarkan rekod tanpa kalah City

LIVERPOOL: Kejayaan Liverpool menamatkan rekod cemerlang tanpa kalah pendahulu Liga Perdana, Manchester City, awal pagi semalam adalah "isyarat terbaik" menyusuli kehilangan bintang pasukan, Philippe Coutinho, yang menyahut 'lamaran' lumayan Barcelona, demikian kata pengurus pasukan, Juergen Klopp.

Tunggak kreatif Brazil itu, penggerak utama midfield Liverpool sebelum ini, menyertai kelab gergasi La Liga itu minggu lalu dengan bayaran £142 juta euro ($258 juta) tetapi kesebelasan Klopp membuktikan tanpa Coutinho mereka tidak terjejas.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan