Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Liverpool, Chelsea ada kelebihan dari segi fizikal: Wenger

Nov 7, 2016 | 12:12 PM
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, berkata pendahulu dan pasukan di tempat kedua EPL, Liverpool dan Chelsea, mempunyai kelebihan ke atas pasukannya dalam persaingan merebut mahkota EPL kerana dua pasukan itu tidak bermain dalam Liga Juara-Juara musim ini.
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, berkata pendahulu dan pasukan di tempat kedua EPL, Liverpool dan Chelsea, mempunyai kelebihan ke atas pasukannya dalam persaingan merebut mahkota EPL kerana dua pasukan itu tidak bermain dalam Liga Juara-Juara musim ini. - GAMBAR REUTERS

LONDON: Liverpool dan Chelsea mempunyai kelebihan dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana mereka tidak bermain di Eropah musim ini, kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger, selepas pasukannya seri dengan Tottenham Hotspur pada Ahad (6 Nov).

Keputusan itu menafikan Arsenal tempat teratas EPL.

Arsenal mendahului tetapi selepas permulaan berapi-api, permainan mereka menjadi perlahan dan akhirnya mereka seri 1-1.

Chelsea membelasah Everton 5-0 untuk menduduki tangga teratas sekejap dengan 25 mata pada Sabtu, tetapi Liverpool bertemasya gol, mengalahkan Watford 6-1 pada Ahad, sekali gus mengantikan Chelsea di puncak EPL dengan 26 mata selepas Ahad malam.

"Agak mudah membuat persiapan apabila anda tidak ada perlawanan Liga Juara-Juara," ujar Wenger, yang pasukannya mempunyai 24 mata, apabila ditanya wartawan apakah Liverpool dan Chelsea mempunyai kelebihan.

"Tetapi jika kamu bertanya pada mereka, kedua-duanya ingin berada dalam Liga Juara-Juara, jadi anda tidak boleh mengadu mengenainya."

Arsenal masih belum tewas dalam semua pertandingan sejak kekalahan hari pembukaan kepada Liverpool, tetapi Wenger mengakui pasukannya lemah dari segi fizikal semasa menentang Tottenham, yang bermula dan berakhir lebih kukuh.

"Kami agak terlalu diheret dalam perlawanan ini dan tahap kami jatuh," Wenger. "Apabila kami dicabar secara fizikal dalam 30 minit terakhir, kami tidak cukup baik untuk memenangi perlawanan ini." - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg