LIGA JUARA-JUARA

Liverpool dan Klopp di ambang era gemilang

Kehebatan pengurus The Reds disamakan dengan pengurus legenda Bill Shankly

LONDON: Didorong kecemerlangan sentuhan gol Mohamed Salah di samping kehebatan taktik permainan yang diatur pengurus pasukan Juergen Klopp, Liverpool kini sedia melancarkan era kegemilangan yang baru menyusuli kejayaan mara ke final Liga Juara-Juara musim ini.

Buat kali pertama dalam 11 tahun, kelab bergelar The Reds itu berjaya mengorak langkah ke puncak pertandingan terbesar antara kelab Eropah ini dengan mencatatkan kemenangan agregat 7-6 sekalipun tewas 2-4 dalam pertarungan timbal balas kedua di Stadio Olimpico dinihari semalam.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto