Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Liverpool gagal rapatkan jurang mata dengan Man City

Dec 30, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Harapan Liverpool untuk merapat jurang dengan pendahulu Liga Perdana England (EPL) Manchester City tidak kesampaian selepas ia tewas 0-1 kepada Leicester City di padang lawan kelmarin.



Ademola Lookman menjaringkan gol kemenangan Leicester, dengan penjaring gol terbanyak Liverpool musim ini, Mohamed Salah, terlepas menyempurnakan penalti pada separuh masa pertama ketika kedudukan terikat 0-0.



Kekalahan itu mengekalkan Liverpool di tangga kedua liga - jumlah mata yang sama dengan Chelsea di tangga ketiga tetapi dengan kelebihan jaringan gol.



Namun, anak didik Juergen Klopp hanya boleh mempersalahkan diri sendiri di atas kehilangan tiga mata itu.



Tendangan penalti Salah berjaya diselamatkan oleh Kasper Schmeichel, sementara tandukan susulan yang dilakukannya terkena tiang.



Sadio Mane juga terlepas beberapa peluang keemasan untuk membuka tirai jaringan, sebelum Lookman mencetuskan kegembiraan di kalangan penyokong The Foxes dengan golnya pada minit ke-59.



Bekas penyerang Everton itu menjaringkan gol tersebut dengan hanya sentuhan keempat selepas dimasukkan ke padang.



Menerima hantaran dari Kiernan Dewsbury-Hall, beliau melepasi Joel Matip dan merembat bola melepasi penjaga gawang Liverpool, Allison Becker.



Percubaan itu satu-satunya percubaan Leicester yang menemui sasaran sepanjang perlawanan.



Namun, ia cukup menjamin tiga mata selepas pasukan yang telah kehilangan beberapa pemain utama itu menunjukkan prestasi bersemangat mempertahankan benteng bagi menafikan asakan bertubi-tubi Liverpool terutama di penghujung perlawanan.



Kemenangan itu penebus kekecewaan kekalahan kepada Liverpool dalam Piala Liga minggu lalu.



Liverpool akan menamatkan saingan tahun ini di tangga ketiga jika City menewaskan Brentford dan Chelsea seri dengan Brighton dalam perlawanan masing-masing seterusnya.



Sementara itu, Tottenham Hotspur gagal mengutip tiga mata dan hanya mampu seri 1-1 dengan Southampton di Stadium Saint Mary.



Pengurus Spurs Antonio Conte berkata pasukannya perlu beraksi dengan lebih baik selepas ia disekat oleh pasukan lawan yang terpaksa beraksi lebih 50 minit dengan 10 pemain.



Spurs ketinggalan gol apabila James Ward-Prowse merembat bola melepasi Hugo Lloris pada minit ke-25 untuk menjaringkan gol pembukaan perlawanan.



Namun, pertarungan berubah wajah pada minit ke39 selepas Mohammed Salisu mengasari Son Heung-min di dalam kotak penalti dan dilayangkan kad kuning kedua.



Hadiah penalti itu tidak disia-siakan Harry Kane yang menyumbatkan gol penyamaan Spurs.



Keputusan itu bermakna Conte menjadi pengurus pertama dalam sejarah Tottenham yang tidak mengalami kekalahan dalam tujuh perlawanan pertamanya dalam liga.



Namun, beliau berkata statistik itu tidak bermakna apa-apa kerana pasukannya gagal meraih semua tiga mata. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >