Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liverpool juara Piala Dunia Kelab

Dec 22, 2019 | 12:56 PM



DOHA: Jurgen Klopp menggambarkan kemenangan di Piala Dunia Kelab sebagai sesuatu yang amat sensasi selepas gol masa tambahan jaringan Roberto Firmino membolehkan Liverpool mengatasi Flamengo 1-0 pada final di Doha, sekali gus menjulang trofi itu buat kali pertama.



Firmino menewaskan penjaga gol Flamengo Diego Alves pada minit ke-99 selepas mendapat hantaran Sadio Mane pada aksi seimbang di Stadium Antarabangsa Khalifa.



Liverpool sebelum itu menyaksikan penalti mereka ditarik balik susulan ulang tayang VAR di akhir tempoh permainan sebenar, sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan.



Pengadil dari Qatar Abdulrahman Al Jassim pada awalnya memberikan sepakan penalti selepas Rafinha mengasari Mane berhampiran kotak, tetapi membatalkannya susulan penilaian VAR.



“Saya amat gembira untuknya kerana dapat menjaringkan gol itu, kami bercakap sebelum perlawanan yang aksi ini amat bermakna buat Amerika Selatan terutamanya rakyat Brazil,” kata Klopp.



“Ia amat bermakna buatnya, ia membantu kami dan ia juga gol yang sensasi.”



Kemenangan itu melengkapkan tahun gemilang buat Liverpool, yang meraih trofi ketiga selepas Liga Juara-Juara dan Piala Super UEFA.



Dengan jurang mata yang besar di puncak Liga Perdana Inggeris, Klopp dan Liverpool berpeluang mencatat sejarah baharu kelab sebagai skuad terbaik Anfield sekiranya dapat mengekalkan kedudukan itu. – AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >