Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Liverpool kekalkan peluang juarai liga

May 12, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Liverpool mengekalkan tekanan ke atas pendahulu Liga Perdana England (EPL), Manchester City, apabila ia bangkit untuk menewaskan Aston Villa 1-2 di tempat lawan semalam. Namun, kemenangan itu diraih pada harga tinggi selepas pemain midfield berpengaruh Fabinho mengalami kecederaan peha dan dijangka tidak dapat beraksi dalam final Piala FA menentang Chelsea hujung minggu ini.



Anak didik Jurgen Klopp ketinggalan seawal minit ketiga apabila Douglas Luiz menjaringkan gol lepas penjaga gawang Alisson Becker gagal mendakap kemas tandukannya. Liverpool pantas bangkit dan menyamakan jaringan menerusi Joel Matip, pemain pertahanan yang dimasukkan dalam kesebelasan utama kerana Klopp merehatkan beberapa pemain utama bagi Piala FA Sabtu ini.



Matip, dari Cameroon, menunjukkan beliau cekap dan pantas menyambar bola yang sukar dikawal dalam petak penalti untuk menjaringkan gol itu. Sadio Mane kemudian menjaringkan gol kedua Liverpool melalui tandukan cantik hasil umpanan lintang Luis Diaz pada minit ke-65.



Kemenangan itu bermakna Liverpool kekal di tangga kedua liga dengan sama mata seperti City, yang bertemu Wolves awal pagi tadi.



Kecederaan peha Fabinho mencemari kemenangan itu, dengan Klopp terpaksa mengeluarkan pemain Brazil itu pada separuh masa pertama. Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan, Klopp berkata beliau berharap kecederaan itu tidak seserius yang disangka.



"Kami akan tahu tentang keadaannya yang sebenar dalam masa beberapa hari ini.... kehilangan beliau akan dirasai, tapi kami mempunyai pemain lain yang boleh menggantikannya," kata beliau.



Klopp merehatkan lima pemain utama yang beraksi dalam perlawanan menentang Tottenham Hotspur Sabtu lalu. Langkah itu hampir membawa padah tetapi Liverpool menunjukkan semangat juang utuh untuk bangkit dan mengutip tiga mata penuh.



Sekali lagi pemain dari Columbia, Luis Diaz, menjadi tunggak Liverpool, termasuk membuat hantaran yang membolehkan Mane menjaringkan gol kemenangan. Diaz berkata beliau berasa senang hati dapat beraksi bersama Liverpool dan membuat sumbangan penting.



"Bagi saya tidak penting siapa menjaringkan gol atau merintis peluang gol, asalkan pasukan kami menang," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >