Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liverpool menang 2-0 ke atas Crystal Palace, bawa ‘Anfield’ ke Stadium Negara

Jul 15, 2022 | 10:49 PM



STADIUM Negara bertukar menjadi Anfield pada  Jumaat malam (15 Julai) apabila dibanjiri 50,270 penyokong –  sebahagian besarnya menyarung jersi merah Liverpool.

Gabungan suara peminat menyanyikan lagu kelab ‘You’ll Never Walk Alone’ sebelum perlawanan merancakkan suasana, dengan kain rentang pelbagai saiz berlencana The Reds menghiasi tempat duduk penonton.





Peminat Liverpool juga pulang dengan senang hati malam ini apabila kelab Merseyside itu berjaya menewaskan satu lagi kelab Liga Perdana England, Crystal Palace 2-0.

Kemenangan dua gol itu –  hasil sumbangan kapten Jordan Henderson dan Mohamed Salah –  bermakna Liverpool turut merangkul Trofi Singapura Standard Chartered 2022.





Seperti di Bangkok, pengurus  Liverpool Jurgen Klopp membariskan tiga pasukan berbeza sepanjang perlawanan, dengan pemain diberikan tempoh aksi sekitar 30 minit di Stadium Negara.





Pengurus warga Jerman itu bermula dengan skuad yang merangkumi Adrian, Ibrahim Konate, James Milnes, Roberto Firminho, Curtis Jones, Harvey Elliott, Kostas Tsimikas, Luis Diaz, Joel Matip, Alex Oxlade-Chamberlain –  yang dikeluarkan pada minit ke-42 akibat kecederaan – dan Henderson.





Henderson membawa keriuhan dalam stadium ketika membuka tirai jaringan Liverpool seawal minit ke-12.

Pemain England itu membuat larian dari luar kotak penalti untuk menyumbat masuk hantaran ‘pull-back’ cantik dari Harvey Elliott, iaitu juga gol pertama Liverpool dalam pramusim ini.





Klopp kemudian membuat perubahan pada skuadnya selepas waktu rehat, termasuk menurunkan Trent Alexander-Arnold, Virgil van Dijk, Andy Robertson, Salah dan rekrut baru, Darwin Nunez.





Salah –  antara bintang Liverpool yang disambut dengan gemuruh oleh peminat –  tidak menunggu lama untuk mempengaruhi serangan pasukan.





Seminit selepas dimasukkan dari bangku simpanan, penyerang Mesir itu menemui sasaran pada minit ke-46. Rembatan mantap Salah dari kaki kirinya terkena pemain Palace, Joachim Andersen, yang menyebabkan penjaga gol Vicente Guaita tersalah menilai arah bola.





Klopp kemudian membuat satu lagi pertukaran pada minit ke-78, memberi peluang untuk pemain seperti Fabio Carvalho, yang baru dibeli pada musim panas ini, beraksi di padang.





Setelah seminggu di Asia, Liverpool akan meneruskan jelajah pramusim mereka di Eropah.

Mereka selanjutnya ke Jerman untuk berdepan RB Leipzig dan kemudian menentang Red Bull Salzburg di Austria, sebelum beraksi dalam Perisai Masyarakat FA bertemu Manchester City pada 31 Julai.





Liverpool sebelumnya berada di Bangkok, Thailand pada awal minggu ini bagi Piala Centenary Bangkok, yang mana mereka kalah 0-4 kepada Manchester United.





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >