Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Liverpool orak 'satu kaki' ke suku akhir; Bayern diselamatkan gol minit akhir

Feb 18, 2022 | 05:30 AM



MILAN: Liverpool mengorak langkah besar untuk ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas menjaringkan dua gol lewat bagi menewaskan Inter Milan di San Siro dinihari semalam.



The Reds kelihatan bersedia untuk keputusan seri tanpa jaringan dalam perlawanan pertama di Italy sehingga penyerang Brazil Roberto Firmino membuka jaringan dengan menanduk masuk bola dari hantaran sepakan sudut Andrew Robertson pada minit ke-75.



Mohamed Salah menambah gol kedua dengan percubaan melencong dari dalam kotak penalti pada minit ke-83.



Ini memberikan Liverpool kelebihan selesa menjelang aksi timbal balas di Anfield dalam tempoh tiga minggu lagi.



Ia kekalahan yang sukar ditelan juara Italy, Inter, yang menguasai permainan untuk tempoh yang panjang dan menyaksikan percubaan Hakan Calhanoglu terkena palang pada minit ke-16.



Inter dilihat bergelut untuk melepasi benteng Liverpool yang diterajui Virgil van Dijk dan akhirnya dihukum oleh anak buah Juergen Klopp yang kini memenangi tujuh perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.



Ia juga adalah malam cemerlang bagi pemain tengah Harvey Elliott, yang menjadi pemain termuda yang pernah memulakan perlawanan dalam pertandingan itu untuk Liverpool pada usia 18 tahun dan 318 hari.



Namun, perkara negatif pada malam yang agak ceria untuk pasukan pimpinan Klopp adalah kecederaan yang menimpa penyerang Portugal, Diogo Jota, yang digantikan pada awal separuh masa kedua selepas mengalami kecederaan buku lali.



Peluang untuk Inter ke suku akhir kini semakin pudar walaupun masih belum tertutup buat mereka untuk menyertai kelompok lapan terakhir buat pertama kali dalam tempoh sedekad.



"Saya rasa ia adalah perlawanan yang baik dan kami patut berbangga dengan corak permainan kami menentang salah satu pasukan terbaik di dunia.



"Untuk tempoh 65-70 minit kami sepatutnya menang," kata pengendali Inter, Simone Inzaghi.



Dalam perlawanan lain, pemain sayap Perancis, Kingsley Coman menyelamatkan maruah Bayern Munich menerusi gol penyamaan lewat permainan ketika seri 1-1 dengan Red Bull Salzburg.



Coman menjaringkan gol pada minit terakhir permainan untuk memadamkan kelebihan tuan rumah yang mendahului menerusi Junior Adamu pada babak pertama.



Ia sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah Bayern di padang lawan dalam kejohanan itu sejak tahun 2017.



"Seseorang yang bukan peminat Bayern akan berkata Salzburg berhak menang hari ini, tetapi saya rasa ia keputusan yang adil," kata kapten Bayern, Thomas Mueller, selepas pasukannya bertungkus-lumus untuk bangkit dalam babak kedua.



"Saya rasa amat jelas pada babak kedua kami mahu memenangi perlawanan ini. Kami tidak berada di landasan tepat buat masa ini, dan kami harus membawa mentaliti untuk menang pada setiap perlawanan," tambah rakan sepasukan, Joshua Kimmich.



Bayern tiba di Austria dengan harapan untuk bangkit daripada kekalahan kepada pasukan kerdil Bundesliga, Bochum, Sabtu lalu, tetapi kepincangan pertahanan mereka berterusan di Salzburg.



Kesilapan daripada Niklas Suele memberi peluang kepada Brenden Aaronson di babak awal permainan. Malah, pasukan pelawat juga memperoleh beberapa peluang baik namun segalanya serba tidak menjadi dan Salzburg berhak mendahului jaringan menerusi Adamu pada minit ke-21.



Mujur, Coman menyambar gol minit terakhir bagi menyelamatkan Bayern.- Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >